Pages

Monday, April 21, 2014

MAS DI SABOTAJ? POLIS AKAN SIASAT - KDN

ISNIN, 21 APRIL 2014
Pihak polis akan menjalankan siasatan terhadap segala kemungkinan termasuk kemungkinan unsur sabotaj berhubung kejadian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH192 yang berpatah balik akibat masalah teknikal, awal pagi tadi. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan melakukan segala yang perlu untuk menyiasat kes tersebut. Beliau berkata demikian ketika mengulas permintaan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein supaya polis menyiasat kemungkinan wujudnya unsur-unsur sabotaj dalam kejadian itu.

Elok benar le tu. Kan apa, sejak kehilangan MH370, bermacam-macam kejadian berlaku kepada industri pengangkutan udara, termasuklah MAS sendiri. Dah le misteri kehilangan MH370 masih belum terjawab, hidup ke mati kesemua penumpang-penumpang dan krew-krewnya, masih tanda tanya. Maka, memang elok benarlah jika pihak Polis menjalankan siasatan kemungkinan ada unsur-unsur sabatoj dan sekali-gus mengugat dan menjatuhkan nama syarikat penerbangan kebangsaan, MAS di kaca mata dunia. Kemungkinan. Ini bukan tuduhan melulu dari IBM, tapi, pihak-pihak yang lain pun berpendapat begitu. Oleh itu, siasat, jangan tak siasat. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

No comments:

Post a Comment