Pages

Saturday, April 5, 2014

MH370 : KENYATAAN DUTA CHINA SATU TAMPARAN BUAT PEMBANGKANG!

SABTU, 05 APRIL 2014
SETIAP kali berlaku krisis di negara ini, pembangkang adalah antara beberapa pihak yang ‘bergembira’ dengan kejadian tersebut.  Gembira sebab kejadian itu boleh menjadi modal untuk mereka membangkitkan sentimen benci kepada kerajaan BN. Tidak terkecuali dalam tragedi yang menimpa penerbangan MH370 ini yang sudah hilang sejak 3 minggu yang lepas.  Dari mula kehilangan ini dilaporkan, pembangkang sentiasa mencari jalan bagaimana untuk menyalahkan kerajaan, dalam masa yang sama cuba menunjukkan simpati dengan ucapan takziah supaya tak nampak sangat mabuk politiknya. Hakikatnya mereka tidak peduli pun dengan berapa ramai nak mati dan sebagainya, yang depa tahu, macam mana nak tuding jari pada kerajaan.  Lebih buruk lagi, pembangkang cuba jadi batu api, dengan melaga-lagakan kerajaan Malaysia dan kerajaan China, apabila memetik berita yang kurang tepat oleh agensi media tertentu konon nak menunjukkan China tidak berpuas hati dengan Malaysia.

Malangnya, hasrat itu terkubur terus bila Duta China ke Malaysia Huang Huikang semalam menafikan bahawa kerajaannya bertelagah dengan Malaysia berhubung cara mengendalikan nahas pesawat ini.  Huang mengesahkan Malaysia memberikan kerjasama yang cukup baik, tapi ia menjadi isu kerana mungkin ada segelintir dari ahli keluarga penumpang pesawat yang terlibat, tidak faham atau tidak mahu menerima hakikat. Boleh faham sajalah bahawa ini melibatkan kemumgkinan akan kehilangan nyawa yang ramai, sudah tentu kita tidak berhadapan dengan realiti tapi lebih kepada emosi. Tidak setakat itu, Duta China tersebut juga menyokong penggunaan perkataan ‘ended’ oleh Perdana Menteri dalam sidang medianya minggu lepas bagi mengesahkan bahawa penerbangan tersebut berakhir di Lautan Hindi.

Kenyataan itu seperti yang semua orang tahu telah diputar belitkan oleh pembangkang, kononnya Perdana Menteri secara gopoh gapah mengesahkan pesawat itu terhempas bila tidak ada sebarang bukti yang menunjukkan ia telah terhempas. Apa pun, kenyataan dari Duta China ini sepatutnya memadamkan terus sebarang spekulasi jahat yang cuba mengeruhkan hubungan baik antara kerajaan Malaysia dan China. Seperti yang sering dijelaskan berulang-ulang kali, nengara ini tidak ada menyembunyikan apa-apa maklumat pun dan sentiasa bekerjasama rapat dengan kerajaan China.  Jika tidak, bagaimana China boleh dilibatkan dalam usaha mencari pesawat tersebut di Lautan Hindi bersama beberapa negara lain?

Ini yang pembangkang sengaja tidak mahu faham, selain cuba ambil kesempatan.  Asal boleh jadi modal politik, semua perkara pun nak diputar belitkan. Wasallam ~ IBM
Sumber : SGB
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

No comments:

Post a Comment