KALAU dah jodoh tu tak kemana. Jodoh pertemuan itu adalah ketentuan dari Allah S.W.T . Jodoh juga tidak mengenal usia. Itulah yang terjadi kepada pelakon veteran Ruminah Sidek menjelaskan cintanya terhadap Al Fatah Rahim Ismail, 70, tersemai ketika mereka sama-sama mengerjakan umrah di Mekah pada Mac lalu. Ruminah atau lebih dikenali sebagai Mak Mah, 68, berkata, ketika mengerjakan ibadah itu, jiwanya tiba-tiba berasa sunyi sehingga timbul keinginan untuk mempunyai pasangan hidup.
Manakala Al Fatah pula mengambil kesempatan mengerjakan umrah dengan niat ingin berdoa bagi mendapatkan isteri. "Selama ini, setiap kali mengerjakan umrah, peraaan saya hanya biasa sahaja tetapi untuk kali ini, saya berasa sangat sunyi. Terasa mahu berteman pula. "Saya berdoa kepada Allah agar memperkenankan doa saya kerana saya sudah rasa penat hidup sendirian. Insyallah Mak Mah. IBM rasa ramai peminat-peminat diluar sana berasa gembira dan mendoakan agar jodoh Mak Mah dengan pasangan akan kekal sampai ke hari tua. Dah tua pun..hehehehehe. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
No comments:
Post a Comment