MENGEJUTKAN apabila seorang kanak-kanak berusia sembilan bulan dihadapkan ke mahkamah di Pakistan kerana dituduh melakukan pembunuhan. Biarpun ia dilihat sangat pelik dan perkara jenaka tetapi kejadian itu benar-benar berlaku di Lahore. Kanak-kanak yang masih membawa botol susunya ke mana-mana sahaja itu juga dituduh melakukan pembunuhan terancang dan mengancam polis ketika pihak berkuasa melakukan operasi menghalang demonstrasi. Muhammad Mosa Khan yang dibawa bapanya ke mahkamah bersama botol susu kelihatan tenang sebelum menangis apabila datuknya menurunkan tandatangan untuk perbicaraan kes.
Muhammad dituduh membaling batu ke arah seorang anggota polis sehingga mati dalam satu demonstrasi di kawasan perumahan yang didiaminya baru-baru ini. Bagaimanapun datuknya mempertikai tuduhan itu dengan mendakwa mustahil bagi cucunya untuk membaling sebiji batu sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki dewasa. "Cucu saya masih tidak pandai mengangkat botol susu, bagaimana pula dia dapat membaling sebiji batu sehingga mengorbankan seorang anggota polis," jelasnya. Berita ini kemudiannya turut menjadi cerita jenaka di India dan negara lain apabila kanak-kanak itu dituduh melakukan pembunuhan terancang.
P/S ~ Memang le pelik. Undang-undang mana depa pakai ni? Mahkamah India dah ketandusan kes ke? Budak berhingus macam tu di tuduh membunuh? Kalau nak tuduh tu agak-agak le. Apapun, memang kes ini pelik dan satu-satunya kes yang amat pelik berlaku di dunia dan di Mahkamah India. Dunia dah nak kiamat kot. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
No comments:
Post a Comment