Pages

Monday, April 7, 2014

PKR TENGAH BERPERANG. PONYOKONG AZMIN 'SERANG' KHALID GAGAP!!

ISNIN, 07 APRIL 2014
PERGOLAKAN didalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) nampaknya semangkin parah. Jelas, sudah nampak cantas-mencantas menjelangnya pemilihan  Parti yang akan diadakan tidak lama lagi. Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) terutama dari kumpulan yang pro-Timbalan Presiden, Azmin Ali, ternyata mengamalkan budaya politik sempit sehingga gagal membezakan antara permusuhan politik dengan tugas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor. Terbaharu, Abdul Khalid 'diserang' secara sinikal oleh kumpulan pro-Azmin hanya kerana beliau selaku Menteri Besar Selangor menerima kunjungan hormat Media Prima diketuai Pengerusi Bukan Eksekutif, Datuk Johan Jaaffar dan Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Amrin Awaluddin sebelum memuat naik pertemuan itu di Twitternya. Itu pun salah juga ke?

Isu seperti itu memang sengaja di perbesar-besarkan dan mempunyai motif yang tertentu bagi menjatuhkan Khalid Ibrahim yang akan bertanding sebagai Timbalan Presiden dan sekali gus Azmin merasakan terancam kedudukan beliau sebagai penyandang jawatan. Namun ternyata, pertemuan tersebut tidak disenangi musuh politiknya dalam PKR apabila mereka mempersoal nilai moral Abdul Khalid hanya kerana beliau menunjukkan jiwa besarnya selaku Menteri Besar kepada seluruh rakyat Selangor dengan menerima kunjungan Media Prima yang disifatkan lawannya sebagai 'musuh durjana'. Antara pemimpin PKR yang paling awal tampil sinis dengan mulut celuparnya terhadap Abdul Khalid tak lain tak bukan ialah Ketua Biro Hal Ehwal Guaman PKR, Latheefa Koya (gambar kanan), apabila beliau menerusi laman Twitternya dipetik sebagai berkata : "Layan TV3. Hebat,".

Apapun, itu masalah dalaman PKR. Bagi IBM tak payahlah kita terlalu bersimpati pada mereka. Samada betul atau tidak Azmin dan kumpulannya menyerang Khalid gagap, biarkan. Itu urusan dalaman mereka. Kita sebagai pembangkang di Selangor ini cuma tunggu dan lihat akan perkembangan seterusnya kemelut di dalam PKR ini. Kita tak payah nak berdoa agar parti PKR dan Pakatan Rakyat (PR) hancus seperti yang didoakan oleh tok Guru Nik Ajis yang kini sedang meraung meminta maaf di atas segala kesalahanya semasa menjadi Menteri Besar Kelantan. Terlalu banyak dosa beliau laku kepada rakyat Kelantan dan juga di seluruh Malaysia. Menangnya Azmi Ali atau Khalid Ibrahim nanti tidak mendatangkan manafaat pun pada kita semua. Jom kita layan TV3 kerana TV3 hebat dan sensasi. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

No comments:

Post a Comment