WALAUPUN tewas baru-baru ini pada PRK DUN Kajang dan tidak menjadi seorang wakil rakyat, namun Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun dilantik sebagai pegawai khas Malaysia ke China bagi bertemu dengan anggota keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang. Begitu yakin kerajaan BN terhadap beliau. IBM difahamkan oleh sumber dari MCA yang mana Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai (gambar bawah kanan) memberitahu bahawa keputusan itu dibuat oleh jemaah Menteri dalam mesyuarat mingguannya baru-baru ini bagi memastikan wakil kerajaan Malaysia yang fasih berbahasa Mandarin mengendalikan urusan dengan anggota keluarga penumpang warga China.
IBM juga difahamkan (Chew) Mei Fun bersama-sama dengan delegasi yang diketuai Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainudin (gambar bawah kiri) serta anggota Crisis Relief Squad of MCA (CRSM) telah pun berlepas ke China untuk bertemu anggota keluarga semalam, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden MCA di Wisma MCA di sini, hari ini. Liow berkata selain menghantar wakil untuk bertemu anggota keluarga penumpang, pihaknya akan bekerjasama dengan pemimpin pelbagai agama untuk menganjurkan majlis keagamaan bagi mendoakan misi mencari dan menyelamat MH370.
MCA juga menghantar pasukan CRSM untuk membantu dan menjaga semua anggota keluarga penumpang MH370 ke semua hotel yang menempatkan mereka, terutamanya dari China, katanya. Ditanya mengenai kenyataan anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Pinang, Teng Chang Khim daripada DAP yang mempersoal pelantikan Chew ke China setelah tewas dalam pilihan raya kecil DUN Kajang pada 23 Mac lepas, Liow berkata Pakatan Rakyat (PR) sering mempolitikkan banyak isu terutamanya MH370 bagi mencapai agenda mereka sendiri. Pelantikan Chew ke China adalah tugas yang mulia dan amat dititikberatkan oleh kerajaan dalam memberi bantuan kepada anggota keluarga penumpang MH370.
Bukan macam Pakatan haram (PR)yang suka mempolitikkan isu ini, malah banyak lagi isu-isu lain yang melibatkan rakyat juga sering dipolitikkan bagi mencapai agenda mereka, katanya. Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang termasuk 152 warga China dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. Walau bagaimanapun, pencarian diteruskan. Itu janji yang diberi oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib baru-baru ini. Dan IBM yakin Datin Paduka Chew Mei Fun boleh memikul tanggunjawab yang telah diberi. Hidup BN! Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
No comments:
Post a Comment