Pages

Tuesday, April 8, 2014

YONG TECK LEE MEMANG KURANG AJAR DAN BIADAP!!

SELASA, 08 APRIL 2014
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyelar tindakan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Yong Teck Lee menawarkan RM500 kepada mana-mana individu yang dapat menampar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya (gambar bawah) berkata, tindakan Teck Lee itu jika benar bukan hanya disifatkan sebagai kurang ajar, malahan dilihat seolah-olah cuba mengganggu urusan kerajaan dalam meningkatkan tahap keselamatan di Sabah susulan kes penculikan warga China dan Fili-pina di sebuah tempat peranginan di Semporna, Rabu lalu. Beliau juga tidak menolak kemungkinan tindakan Teck Lee itu berpunca daripada kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Wan Jaafar yang secara peribadi berpendapat pusat peranginan di pulau-pulau terpencil di negeri itu harus ditutup sebagai jalan penyelesaian terbaik mengatasi kes penculikan.

Perkasa Selangor melihat tindakan Teck Lee bukan hanya tidak matang tetapi menunjukkan beliau tidak mahu memahami usaha kerajaan dalam memastikan kese-lamatan kawasan pantai timur Sabah terpelihara. "Isu penculikan yang berlaku bukanlah sesuatu yang boleh dijangka oleh mana-mana pihak, manakala usaha untuk menyelamatkan tebusan sedang giat dilaksanakan ketika ini. Begitu juga dengan usaha meningkatkan keselamatan di kawasan pantai timur Sabah, kita melihat kerajaan telah melaksanakan apa yang perlu bagi tujuan tersebut, katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Teck Lee menerusi laporan sebuah portal berita, propembangkang pada 4 April lalu yang menjanjikan RM500 kepada sesiapa yang dapat menampar Ahmad Zahid ekoran didakwa gagal mengawal kese-lamatan berhubung insiden penculikan warga China dan Filipina di Semporna baru-baru ini. Selain tawaran RM500, Teck Lee yang juga Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) turut menawarkan ganjaran RM1,000 kepada mana-mana ahli Parlimen untuk mengusulkan pemotongan gaji Menteri Dalam Negeri, Menteri Pertahanan serta Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah. Dalam pada itu, Abu Bakar menyatakan, tindakan Teck Lee tersebut juga dilihat tidak memberikan sumbangan kepada usaha meningkatkan keselamatan di pantai timur Sabah.

P/S ~ Macamana pulak kalau kita offer RM250 untuk menampar Teck Lee ni. Biar pada muka dia tu dan kalau ada yang bertanya kenapa murah sangat tawaran tersebut? Jawapannya mudah je. Kerana si Teck Lee ni tak ada class. Mudah di beli oleh pakatan haram. Dulu pernah menjawat Ketua Menteri, kini dah tak sedar diri, lupa daratan. Puiiii! Jangan hormat oran g seperti ini. Menyusahkan orang je. mampus lagi baik. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

No comments:

Post a Comment