Pages

Thursday, May 29, 2014

AKHIRNYA KAK WAN JIJAH AKUI PEMILIHAN LEMAH, TAK SEMPURNA DAN PENUH DENGAN PENIPUAN

KHAMIS, 29 MAY 2014
PERBUATAN mengutuk dan mencari kesalahan parti orang lain memang dilihat amat menjijikkan. Betul ini adalah dunia politik, tapi, mesti ada batasnya. Mestipun kerja pembangkang adalah untuk membangkang, tapi, bangkanglah dengan cara yang betul, beri idea-idea yang bernas kepada kerajaan. Akhirnya kita dapat lihat dengan mata kepala kita sendiri apa sudah berlaku kepada parti pembangkang ini. Ini diakui sendiri oleh Presidennya di bawah ini :

KAJANGDatuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui wujud kelemahan dalam sistem pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hingga mencetuskan pelbagai insiden kekecohan termasuk cubaan melarikan peti undi. Malah, Presiden PKR itu sedar sistem yang digunapakai  tidak sempurna dan perlu diperbaiki pada masa akan datang. Memang ada kelemahan, dan saya fikir banyak yang kami perlu lakukan. Ia bukanlah sistem yang sempurna. Kita akan cari jalan untuk perbaiki, katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang di sini, Rabu. 

Pendirian Wan Azizah itu bertentangan dengan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Johari Abdul sebelum ini yang mempertahankan sistem pemilihan sedia ada dan menyifatkan ia merupakan proses yang terbaik pernah dilakukan parti itu. Sehingga kini PKR sudah memecat lima ahli dan menggantung 18 anggotanya atas pelbagai kesalahan, termasuk mensabotaj pimilihan parti hingga mencetuskan kekecohan di beberapa cabang di seluruh negara. Malah, PKR juga membatal dan menangguhkan proses pilihan melibatkan 35 cabangnya kerana gagal menguruskan pemilihan dengan baik. 

Sementara itu, mengulas mengenai keputusan Lembaga Disiplin PKR menggantung keahlian Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai 'Chegubard', Wan Azizah berkata ia membuktikan bahawa parti itu telus dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap ahlinya yang melanggar peraturan. Ditanya sama ada PKR cuba 'menutup mulut' ahlinya dengan menyekat kebebasan bersuara, Wan Azizah berkata, tindakan Chegubard melampaui batas dan mencemarkan imej parti. 

Memang Chegubard buat banyak teguran. Tapi sesetengah daripadanya menjejaskan imej parti...itu sudah melanggar disiplin parti. Apabila anda langgar peraturan, anda perlu hadapi tindakan yang bakal dikenakan, katanya. Soalan : baik beno dan telus beno ke Parti Keadilan Rakyat (PKR) ni? Fikir-fikirkan untuk masa depan bersama. Wasallam ~ IBM

1 comment:

  1. LAWYER FIRM THAT WAS A CHEAT TO BE WATCH OUT - URGED BY SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE COMMITTEES

    To all Malaysians respected,

    respectfully here, we wish to inform that YIP KUM FOOK (YIP KUM FOOK & ASSOCIATES) and YIP JIUN HANN job as a lawyer who runs at: NO. 2A & 2B, 2ND FLOOR ROAD 53, DESA JAYA, KEPONG 52100 KUALA LUMPUR

    We are all Malaysians to take notice and far from people mentioned above because do not hit plot

    They are very nasty and black hearts (cruel), able to cheat women money, destroy families and himself consuming of Temple money, SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, and pretend to report police lost receipts ......... please note

    Thank you,
    SAMNAK SAMBODHI COMMITTEES

    Baca: http://www.buzzera.net/2010/04/keluarga-din-beramboi-pindah-rumah.html#ixzz3BC3RXb8H

    ReplyDelete