Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkumpul di luar ibu pejabat parti itu pada malam Selasa, bagi membantah kaedah sistem pengundian yang digunapakai pada pemilihan kali ini. Kumpulan yang didakwa penyokong pro-Tan Sri Khalid Ibrahim, memegang pelekat tertera tulisan yang mengecam penyandang jawatan Timbalan Presiden, Azmin Ali. Mereka turut menggesa Jawatankuasa Disiplin Parti (JPP) mengambil tindakan terhadap Azmin Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution dan Dr Tan Kee Keong. Pimpinan tertinggi PKR dijangka akan mengadakan mesyuarat bersama biro politik di ibu pejabat parti malam ini.
Terdahulu, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kurang senang dengan kumpulan yang berdemonstrasi itu dan beliau mendakwa kumpulan tersebut cuba mengkhianati parti. Calon Naib Presiden, Tian Chua turut berjumpa dengan kumpulan yang mengadakan demonstrasi itu dengan mengatakan parti akan mendengar rasa tidak puas hati mereka dan tidak ada keperluan membuat hebahan awam mengenainya.
Kumpulan itu turut mendesak agar Azmin bertemu dengan mereka. Mereka turut menggesa JPP bertanggungjawab terhadap semua salah laku yang terjadi, dan mendakwa JPP bertindak lebih teruk daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Apa tunggu lagi? Keluar je le dari PKR tu. Dah terbukti bahawa PKR adalah sebuah parti anak-beranak dan parti kelentung rakyat. Bantah macam mana pun pemimpin-pemimpin atasa PKR tak akan layan korang. Penat berdemo dan buat sakit tekak korang menjerit-melolong. Penyelesaian yang terbaik...moh...keluar beramai-ramai dari PKR dan Pakatan rakyat. Wasallam ~ IBM
"YANG INI PATUT KORANG BACA. PKR DAH NAK MAMPUS"
No comments:
Post a Comment