KESATUAN Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) membidas sikap Malaysia Airlines (MAS) yang tidak bertanggungjawab dalam menyelesaikan hal kebajikan semua keluarga kru pesawat MH370. Presidennya, Ismail Nasaruddin (gambar kanan), berkata pihaknya selama ini hanya berdiam diri terpaksa tampil selepas hak yang sepatutnya keluarga kru dapat dipandang ringan.
Sepatutnya MAS sebagai majikan, sewajarnya mengutamakan hak keluarga pekerjanya yang hidup tanpa perhatian yang sebenarnya berlawanan apa yang diumumkan sebelum ini. Janganlah berpura-pura... jangan berlakon di luar tetapi perkara realiti, keluarga kru dipinggirkan. Mana bantuan yang sepatutnya diberi selama ini, katanya pada sidang media di sini, hari ini. Samada tuduhan Presiden NUFM itu berasas ataupun tidak, kita tunggu jawapan balas jurucakap daripada Malaysia Airlines (MAS). Wasallam ~ IBM
"KADANG-KADANG BILA MEMBACA HILANG RASA RUNSING...TERUSKAN MEMBACA"
No comments:
Post a Comment