INILAH WAJAH MANUSIA YANG DI GELAR 'SESUMPAH' YANG MENGIDAM NAK JADI PM
DARI BLOG MPP :
[Selepas berjaya menggulingkan kerajaan Najib melalui demonstrasi jalanan yang disertai oleh 1.5 juta rakyat Malaysia di Dataran Merdeka kelmarin, Anwar dijangka akan menghadiri upacara mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang baru petang ini. Upacara yang akan dilakukan di Stadium Malawati tersebut akan dihadiri oleh semua penyokong Pakatan dan juga pemimpin-pemimpin dunia termasuklah wakil dari negara Israel. Cerita lanjut jom ke blog MPP]. KLIK disini.
PAK BRAHIM ALI LEPASKAN GERAM PADA NUAR BRAHIM
DI PETIK DARI MALAYSIAN INSIDER
[Selepas bertalu-talu mengkritik lawatan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ke Malaysia, hari ini Datuk Ibrahim Ali (gambar) mengalihkan sasarannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu mendoakan agar Anwar segera ke penjara dan akan mengadakan majlis kesyukuran (kenduri) sekiranya hasrat itu tercapai. "Saya berdoa cepatlah dia ke penjara seperti mana yang dia sendiri diuar-uarkan. Saya orang pertama yang gembira dan bersyukur. Mungkin saya akan adakan majlis kesyukuran sebaik sahaja Anwar ke penjara.
Semasa Himpunan Reformasi 2.0 di Kuching pada minggu lalu, Anwar yakin beliau akan dipenjarakan bahkan mungkin lebih lama daripada tempoh lima tahun sebagaimana yang diputuskan mahkamah dalam kes liwatnya kerana mendakwa proses mahkamah terlalu berat sebelah. Katanya, keengganan Pendaftar Mahkamah Persekutuan memberikan waktu tambahan untuk memfailkan petisyen rayuan terhadap penghakiman Mahkamah Rayuan adalah cubaan terakhir yang terpaksa beliau hadapi.
"Ia sudah pasti satu gangguan dan penyalahgunaan proses (mahkamah). Saya hanya menunggu masa dan saya tidak tahu berapa lama masa saya ada. "Sebulan, dua bulan sebelum mereka menghantar saya ke penjara," katanya. Ibrahim berkata Anwar tanpa henti menyalahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor yang bertanggungjawab memasukkannya ke penjara.
Katanya, selaku rakan yang sama-sama ditahan dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama dua tahun pada 1974 bersama bekas timbalan perdana menteri itu, perawakannya tidak sukar dibaca. "Tuduhan Anwar sama. Kerja Najib dan Rosmah hantar dia ke penjara. Dia dakwa dizalimi,konspirasi kedua, hakim tidak adil dan macam-macam. "Anwar ingat Malaysia ini negara mak bapa dia yang dia boleh buat suka hati dan seolah-olah kebal daripada undang-undang. Semua orang tak betul, dia sahaja yang betul," katanya].
IBM hanya mahu korang berfikir, manusia jenis apa si Nuar Brahim ini. Ramai yang cakap, tangkap si Nuar ni, sumbat ke dalam penjara, negara akan aman. Maka, barulah pengikut-pengikutnya akan diam dan perlahan-lahan Pakatan Rakyat akan berkubur. Dengar khabar semasa berucap di perhimpuanan menentang GST Nuar begitu lantang mengatakan dia tidak takut di penjarakan. Katanya lagi, rakyat tidak lagi takut pada kerajaan sekarang ini.
Eehh..eehh..kenapa mesti rakyat takut pada kerajaan sekarang ni? Kerajaan sekarang ni sembelih rakyatnya ke? atau menindas dan merompak harta benda rakyat? Apa le punya bodoh ucapan si Ketua Pembangkang ni. Apapun, kita tak boleh salahkan dia. Mungkin itu ucapan dia yang terakhir kepada pengikut-pengikut bodohnya. Sampai ada yang tertidur dan berbaring di Masjid negara, gara-gara nak bersama dengan boss mereka, Nuar Brahim. Nanti kalau Nuar Brahim masuk penjara, mereka-mereka tu nak ikut sama juga ke? Heheheh..geli hati pun ada. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"