Pages

Saturday, May 24, 2014

DYANA MELAYU, TAPI TAUKEHNYA 'CINA'....APA CERITA?

SABTU, 24 MAY 2014
SEWAKTU DAP ghairah mempertaruhkan seorang calon Melayu untuk "merempuh hadangan perkauman" di Teluk Intan, parti itu nampaknya terlepas pandang akan keberkesanan langkah itu buat segelintir pengundi. Entah di mana silapnya, selepas empat hari berkempen, Dyana Sofya Mohd Daud, 27 tahun, seorang peguam yang kini bertugas sebagai setiausaha politik kepada pemimpin veteran DAP, dilihat belum cukup 'menawan' di mata pengundi Melayu yang setia mengundi BN pada pilihan raya umum lalu. "Calon DAP ini 50-50 (peluangnya). "Orang kampung di sini kata calon DAP ini Melayu, tapi 'tauke' dia Cina. Mah Siew Keong (calon BN) ini Cina, tapi tauke dia Melayu," kata Sunar Senin, 50 tahun, seorang penjawat awam dari Kampung Tengah.
 
Sini orang kata kubu BN, kalau dia (pembangkang) datang dan mahu dapatkan 10 peratus (undi) pun payah," kata Sunar yang secara terbuka mengaku terlibat dengan kempen BN. Menurut Sunar, isu pembangunan masih lagi merupakan isu utama yang menjadi pertimbangan pengundi di kawasan itu. Jelasnya, kehadiran seorang wakil rakyat BN memastikan kemudahan asas seperti jalan, lampu jalan raya dan sebarang permohonan bantuan diluluskan dengan mudah. Bagaimana pun, beliau mengakui bahawa pengundi-pengundi muda di kawasan itu yang bekerja di kawasan bandar di luar Teluk Intan cenderung mengundi pembangkang.

Apapun, jom undi Barisan Nasional (BN) kerana inilah satu-satunya parti yang memperjuangkan hak rakyat, kerana rakyat didahulukan, pencapaian di utamakan. Jesteru, sudah tentu kebijakkan dan pencapaian rakyat Teluk Intan di utamakan. Wasallam ~ IBM
"TERUSKAN MEMBACA KERANA TANGGAN INI BELUM LAGI LENGUH MENAIP"

No comments:

Post a Comment