Pages

Wednesday, May 28, 2014

HANGAT! PKR PUN DAH TAK NAK CHEGUBARD NI. KEALIANNYA DIGANTUNG

RABU, 28 MAY 2014

BERKOKOK bak ayam jantan. Nak jadi jaguh le katakan. Tapi, akhirnya diketepikan oleh Partinya sendiri. Berbaloi ke? Kalau cerita pasal fitnah, memang dah jadi darah-dagingnya. Kini baru dia tahu, daging badannya berbau busuk dari pandangan partinya sendiri. Inilah akibatnya bila mengamalkan politik songsang :

Aktivis politik dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shahrin digantung keahliannya dari parti tersebut ekoran dakwaan berlaku kepincangan pada pemilihan parti sebelum ini. Pengerusi Lembaga Displin PKR, Datuk Tan Kee Kwong berkata, Badrul atau lebih dikenali sebagai Chegubard digantung keahliannya selepas lembaga displin parti menyiasat perkara tersebut dan dibentangkan dalam mesyuarat bior politik PKR. Sdr Badrul Hisham Shahrin akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai, katanya kepada pemberita, hari ini. Badrul sebelum ini mendedahkan politik kotor dan tidak telus pada pemilihan parti teresebut di beberapa kawasan terutamanya di Sarawak. 

Katanya, kepincangan dapat dilihat di salah sebuah cabang apabila kehadiran ahli mengundi tidak begitu ramai namun kertas undi yang ditanda jauh lebih banyak daripada jumlah kehadiran. Ujarnya lagi, pegawas pilihan raya di kawasan turut bertindak serta berkempen bagi pihak calon yang jelas bertentangan dengan etika pemilihan. Kesimpulannya, Chegubard ni baik beno, jujur ke? Kalau kepalanya berperangai seperti penyamun, perompak, jahil, maka tak hairanlah orang bawahannya pun turut sama. Tahniahlah pada PKR dan juga Chegubard yang selalu terlolong, terlalak menghentam orang yang kononnya tak telus, korupsi..tapi, apa dah jadi pada PKR ni? Kata paku dulang serpih, kata orang korang yang lebih. Akhirnya Cikgubard di gantung keahliannya. Kah..kah..kah.. berihat je bard. Wasallam ~ IBM

No comments:

Post a Comment