Friday, May 2, 2014

HIMPUNAN GST PEMBANGKANG GAGAL CAPAI MATLAMAT...SIA-SIA DAN BUANG MASA

JUMAAT, 2 MEI 2014
Kalau kita kaji dan buat kesimpulan akan perhimpuan membantah GST yang dianjurkan oleh pembangkang, apa yang mereka dapat? apa matlamat sebenarnya dan apa yang mereka mahu? IBM tak nampak apa-apa manafaat yang para peserta dan pendemo yang IBM anggap macam orang bodoh dan gila. Dah le buang masa, menyusahkan orang ramai yang ingin bershopping dan berjalan-jalan bersama keluarga bersempena cuti hari buruh, tiba-tiba barua-barua ni semua buat hal. 

Setiap kali mereka berdemo, mesti ada yang cedera, harta awam musnah. Jadi, mana janji-janji pihak penganjur haram ini yang memberi jaminan bahawa perhimpunan kali ini berjalan dengan baik dan terkawal. Terkawal apa jadahnya. Sesama sendiri bergaduh. Memang bodoh dan membuang masa sahaja. Apapun, korang bacalah sedikit keretan akhbar yang IBM paparkan di bawah ini buat renungan kita bersama. Wasallam ~ IBM
KERATAN AKHBAR TEMPAT HARI INI :

[KUALA LUMPUR - Perhimpunan membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) anjuran pakatan pembangkang di Dataran Merdeka, bukan sahaja gagal mencapai matlamat utamanya untuk menarik ratusan ribu orang, malah ia dijadikan medan oleh pemimpin pembangkang melemparkan dakyah kepada kerajaan Barisan Nasional (BN). Selain itu, matlamat kononnya untuk menjadi perhimpunan itu bagi menumbangkan kerajaan hanyalah omong kosong apabila peserta yang mula berkumpul sejak pukul 1 petang, mula beredar dari kawasan dataran tersebut pada pukul 4.30 petang.

Seperti perhimpunan pembangkang sebelum ini, ia turut menyaksikan perlanggaran Akta Perhimpunan Aman apabila ada peserta membawa kanak-kanak ke perhimpunan hari ini. Walaupun membantah GST dikatakan menjadi matlamat utama, namun perhimpunan kali ini menunjukkan tiada sepakatan dan dijadikan platform bagi sesetengah pihak menonjolkan diri mereka di hadapan khalayak. Ini termasuklah sekumpulan pemuda Cina yang mengaku mengamalkan homoseksual dengan membawa sepanduk yang tertera perkataan, 'Kami homoseksual, kami menentang GST' dan 'Tidak kira saya tidur dengan siapa, tetapi saya menentang GST'’].

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...