Pages

Thursday, May 22, 2014

KAK PAH AINI HIDAP RADANG PARU-PARU

KHAMIS, 22 MAY 2014
BIDUANITA negara, Datuk Sharifah Aini (gambar), kini dalam rawatan pakar perubatan sebuah hospital swasta di ibu negara. Masalah kesihatan artis veteran itu disahkan sahabat baiknya, Khalilah Mohd Talha, yang juga Pengurus Besar Komunikasi Strategik PLUS Malaysia Berhad, menerusi coretan di laman Facebook penyanyi itu. menyatakan penyakit yang sedang dideritai Sharifah Aini serta tidak menyatakan lokasi pusat rawatan berkenaan. Sebelum itu, Sharifah Aini pernah menulis di laman sosialnya, menyatakan beliau dijangkiti radang paru-paru. 

Namun, sehingga malam semalam, penyanyi Seri Dewi Malam itu gagal dihubungi. Bahaya juga penyakit kak Pah kit ni. Mari kita sama-sama berdoa agar kak Pah Aini cepat sembuh dan tabah menghadapi segala dugaan. Mungkin itu adalah satu dugaan dari Allah swt. Wasallam dari peminat setia mu ~ IBM
"KATA ORANG MEMBACA DI WAKTU PAGI-PAGI BUTA INI MENYUBURKAN MINDA KITA"

2 comments: