Pages

Sunday, May 25, 2014

KHALID GAGAP AKUI BUKAN SEMUA AHLI PKR BAIK. KAKI RASUAH JUGAK

AHAD, 25 MAY 2014
HARAP maklum. Ini bukan IBM kata, tapi Khalid gagap kata dan mengaku sendiri. Katanya, tidak semua ahli PKR baik kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuat kenyataan tersebut  ketika diminta mengulas tentang laporan penahanan seorang ahli PKR kerana cubaan meminta rasuah. Bagaiamanapun, calon Timbalan Presiden PKR itu ‎menyeru mana-mana pihak yang mempunyai bukti ahli parti itu terlibat dalam kegiatan rasuah supaya mengemukakan aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Khalid berkata, PKR berpendirian tegas menolak amalan rasuah dan menyifatkan tindakan itu mencemarkan imej parti, terutamanya ketika menjalani proses pemilihan. Kalau sesiapa tahu benda itu (rasuah) berlaku, buatlah laporan supaya ia boleh diselesaikan, janganlah kita buat cerita mahupun fitnah.

PKR sangat terbuka, tidak semua orang parti PKR ini baik, tetapi tidak semua pula jahat. Oleh itu kalau tidak betul kita kena betulkan, katanya ketika ditemui semasa Majlis Resepsi anak perempuan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dataran Saujana Prima di Kajang, hari ini. Beliau mengulas mengenai laporan pemimpin PKR Cabang Gombak ditahan SPRM semalam kerana meminta rasuah daripada wakil syarikat swasta. Suspek dilaporkan ditahan ketika sedang meminta wang sebanyak RM4,000 daripada sebuah Syarikat swasta untuk melanjutkan kontrak yang tamat tempoh. Satu kenyataan yang berenas dari Menteri Besar Selangor, tapi IBM berpendapat kebanyakan dari pemimpin-pemimpin PKR tidak akan setuju dengan kenyataan si Khalid.

Sudah pasti mereka akan sangkal dan terus menipu rakyat bahawa PKR adalah parti membela rakyat, telus, berintigrati dan berwawasan. Tapi....lhatlah apa sudah jadi dengan pemilihan parti mereka pada tahun ini? Berceramuk, bercelaru, penuh dengan penipuan, ala gangster, semuanya ada. Maka, fikirlah sendiri dan buatlah pilihan sendiri samada masih nak menyokong Parti Kelentung Rakyat ini. Wasallam ~ IBM

No comments:

Post a Comment