KERAJAAN negeri Selangor membuat persediaan bagi memastikan simpanan bekalan air mencukupi untuk rakyat negeri ini dan Lembah Klang untuk tempoh enam bulan apabila fenomena El Nino melanda Malaysia. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri sudah melaksanakan projek Hybrid off River Augmentation System (Horas) bagi menambah bekalan air mentah. "Jika bulan Jun, Julai dan Ogos ini dikatakan musim El Nino, maka kita dapat menyediakan air secukupnya untuk tempoh tersebut kerana rizab air boleh menampung sehingga enam bulan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelepasan program kayuhan 'Shah Alam Enduride 2014' di Shah Alam, hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan negara dijangka mengalami musim kering pada Jun hingga September tahun ini. Selain itu, Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO) meramalkan fenomena El Nino berkemungkinan berlaku pertengahan tahun ini dan mungkin berlanjutan antara enam hingga 18 bulan. Sebahagian Selangor dan Lembah Klang mengalami catuan air secara berjadual dan berperingkat selama tiga bulan antara Febuari dan April ekoran kekurangan bekalan air semasa musim panas baru-baru ini. Sumber – Bernama.
* Betul ke apa yang si gagap cakap ni? Seperti yang kita semua ketahui dari berita di akhbar-akhbar juga di TV bahawa El-Nino akan melanda (jika betul) negara kita dan akan berlarutan sampai ke 7 bulan. Persoalanya, dalam masa 7 bulan itu, dapatkah kerajaan negeri Selangor bertahan dan menyalurkan bekalan air kepada rakyat? Ada sesiapa boleh beri jaminan. Bagi IBM, janji si Khalid ni sukar untuk di percayai. Cukuplah apa yang kita rasai semasa krisis air baru-baru ini. Seksa dibuatnya. Jangan sampai ada yang mati pun kerajaan Selangor akan kata, bekalan air cukup. Fikir-fikirkan untuk masa depan kita semua. Adakah Pakatan Rakyat di Selangor ini boleh di beri muka dan mandat pada PRU ke-14 nanti? Korang fikirlah sendiri. Wasallam * ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
No comments:
Post a Comment