Pages

Friday, May 16, 2014

KHALID KATA ANWAR AKUI PARTI PKR PARTI ROJAK. PEMILIHAN SEMULA AKAN DIBUAT.

JUMAAT, 16 MAY 2014
SETELAH mengetahui apa yang berlaku di dalam semua pemilihan cabang parti PKR, seolah-olah ianya menyerupai parti ala gengster, semalam, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak dapat menyembunyikan apa rasa malu beliau. Mengikut katanya,  Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya didepan beliau membuat kenyataan bahawa beliau kesal dan menganggapkan pemilihan PKR kali ini memang semacam dah jadi rojak dan perlu di pulihkan semua. Dengan itu, Anwar akan membuat kenyataan rasmi mengenai tarikh pemilihan semula di beberapa cabang PKR Selangor yang ditangguhkan pemilihannya. 

Khalid berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Biro Politik PKR yang dihadirinya malam tadi, antara lain membincangkan tata cara pengundian dan penyeragaman tempat-tempat pengundian untuk pemilihan semula cabang PKR Selangor. Mereka akan membuat beberapa ketetapan dalam mesyuarat biro politik di mana hari ini atau pun esok Ketua umum (Anwar) akan membuat kenyataan mengenai keputusan biro politik (mengenai isu pemilihan semula cabang PKR Selangor yang ditangguhkan). katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan amal sempena “Malaysia Women Marathon 2014” di Shah Alam semalam. 

Khalid berkata beliau tidak akan memberikan sebarang kenyataan terbuka mengenai isu itu, sebaliknya akan memberikan ruang kepada Anwar membuat pengumuman. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas 10 daripada 22 cabang PKR Selangor yang terpaksa mengadakan pemilihan semula berikutan bantahan pelbagai pihak berhubung perjalanan pengundian asal cabang itu Ahad lepas termasuk cabang yang ditandingi Khalid di Kuala Selangor. Bagi IBM, buat pemilihan semula ke atau tidak, umum telah mengetahui betapa rojaknya parti PKR ini, dan ramai yang telah menyatakan hasrat mereka untuk keluar beramai-ramai dan berikrar akan menyokong Barisan Nasional (BN). 

Kita tunggu sahaja laungan 'Selamat Tinggal PKR' dari pengikut-pengikutnya yang begitu kecewa kerana terperangkap dengan tipu-helah pemimpin-pemimpin PKR yang mementingkan diri sendiri. Hancus PKR! Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

No comments:

Post a Comment