Pages

Tuesday, May 27, 2014

MAHKAMAH RAYUAN PUTUSKAN MUALAF GAGAL DAPAT HAK PENJAGAAN ANAK

SELASA, 27 MAY 2014
DELIMA seorang mualaf yang kehilangan hak penjagaan kedua orang anaknya. Apakah ada jalan penyelesian setelah Mahkamah menolak hak penjagaan anaknya dan Mahkamah memberi hak tersebut kepada bekas isterinya yang beragama Hindu. Malanglah nasib kedua-dua anak itu :

MAHKAMAH Rayuan Putrajaya hari ini menolak permohonan penangguhan oleh seorang mualaf untuk mengenepikan penghakiman Mahkamah Tinggi Seremban yang memberi hak penjagaan dua anak kepada bekas isterinya yang beragama Hindu. Tiga hakim yang diketuai Datuk Mohd Hishammuddin Mohd Yunus berkata tiada keistimewaan dalam kes ini untuk meluluskan permohonan tersebut. Lebih-lebih lagi tingkahlaku pemohon (mualaf) dalam melanggari arahan Mahkamah Tinggi pada 7 April yang menghalang beliau daripada membuat permohonan ini, kata Hishammuddin. Mualaf, Izwan Abdullah (gambar atas kiri) juga diarahkan Mahkamah membayar kos RM8,000 kepada bekas isterinya, S Deepa (gambar atas kanan). Peguam K Shanmuga, yang mewakili Deepa, hari ini memberitahu pemberita bahawa Mahkamah menolak permohonan tersebut dengan mengambil kira Izwan tidak "berhasrat" mencari penyelesaian melalui saluran undang-undang. Pada 9 April lalu, Izwan bertindak melarikan anaknya daripada penjagaan Deepa di rumahnya Jelebu, Negeri Sembilan.

Deepa membuat laporan polis tetapi Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis tidak akan campur tangan memandangkan arahan penjagaan anak tersebut dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah dan sivil. Pada 7 April, Mahkamah Tinggi Seremban mengarahkan hak penjagaan kedua-dua anak yang memeluk Islam diberikan kepada Deepa. Hakim Datuk Zabariah Mohd juga membenarkan permohonan Deepa untuk membatalkan perkahwinan sivil dengan Izwan kerana bekas suaminya sudah memeluk Islam. Keputusan Mahkamah Tinggi tersebut menyebabkan perintah Mahkamah Syariah pada awal tahun lalu terbatal, di mana hak penjagaan anak diberikan kepada Izwan yang memeluk Islam pada 2011. Hakim menjelaskan permohonan Deepa dibenarkan kerana mahkamah sivil mempunyai bidang kuasa dalam perkara itu untuk memberikan hak penjagaan dan membatalkan perkahwinan pasangan itu. Beliau berkata Mahkamah memberi kebenaran lawatan terhad tetapi tidak dibenarkan bermalam di situ. 

Disember lalu, Deepa memfailkan permohonan untuk mendapatkan hak penjagaan ke atas dua anaknya dibawa memeluk Islam oleh suaminya pada 2011 serta membatalkan perintah jagaan oleh Mahkamah Syariah. Kerani berusia 30 tahun dari Jelebu berkata suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori, N Viran, 30, meninggalkan dia dan anak-anaknya tiga tahun lalu dan tidak pernah membantu mereka secara kewangan. Beliau dikatakan memeluk agama Islam dan selepas itu menukar agama dua anaknya, Sharmila (Nurul Nabila), 9, dan Mithran (Nabil), 6, tanpa pengetahuannya isterinya pada April tahun lepas. Deepa kemudian mendapat tahu Mahkamah Syariah memberikan hak penjagaan anak kepada bekas suaminya. Beliau juga membuat laporan polis kerana tindakan menukar agama dua anaknya tersebut menyalahi undang-undang. Deepa, yang dibantu oleh pertubuhan bukan kerajaan, Women's Aid Organisation, belum memfailkan permohonan untuk mendapatkan pengisytiharan penukaran agama bawah umur oleh ibu bapa sebagai tidak sah dan tidak berperlembagaan. Betulkah tindakan Mahkamah itu? Walaahw'alam ~ IBM

No comments:

Post a Comment