Saturday, May 3, 2014

MUDAH PERCAYA 'ORANG ALIM' PUNCA RAMAI TERTIPU DENGAN AGENSI UMRAH

SABTU, 3 MEI 2014
[Mudah percaya kepada perwatakan orang alim dan teruja untuk berkunjung ke tanah suci Mekah menyebabkan ramai umat Islam di negara ini mudah menjadi mangsa penipuan sindiket umrah. Menurut statistik Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, sebanyak 1,826 kes dengan kos kerugian melebihi RM10 juta berhubung penipuan pakej umrah dilaporkan sejak tahun 2010 sehingga tahun lepas. Malah kebimbangan itu turut dibangkitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam khutbah Jumaat semalam bertajuk "Taqwa asas keluhuran pekerja" berhubung urusan yang melibatkan ibadah pun tidak sunyi daripada gejala tidak bermoral, seperti kes penipuan dalam pakej pelaksanaan ibadah umrah. Untuk itu, pelbagai pihak menasihati umat Islam supaya berhati-hati memilih agensi untuk mengendalikan urusan mengerjakan umrah.

Menurut Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel and Tours Sdn Bhd Datuk Md Daud Che Ngah, yang banyak mengendalikan pakej umrah dan haji, umat Islam perlu berhati-hati serta tidak mudah percaya dengan agensi yang tidak dikenali untuk menguruskan urusan ibadah ini. Antara perkara mudah yang boleh dilakukan untuk mengelak daripada ditipu adalah dengan memastikan agensi yang menawarkan perkhidmatan umrah diiklankan di suratkhabar, katanya kepada Bernama. Ini kerana kos untuk membeli iklan di suratkhabar bukannya murah kerana ada masanya ia boleh mencecah ratusan ribu ringgit untuk setahun, selain nombor lesen perniagaan perlu disertakan, katanya].

Apa yang dapat IBM gambarkan tentang cerita dan penulisan di atas, adalah sebagai satu langkah supaya kita sentiasa berwaspada dan berhati-hati dengan penipuan demi penipuan yang berluasa di negara kita ini. Mereka-mereka ini sanggup buat apa sahaja demi untuk kepentingan mereka serta megaut keuntungan. Penyamaran dan penipuan sebegini selalunya berlaku dik kerana kita terlalu ghairah dan mencari harga yang paling murah untuk mengerjakan umrah. Tanpa menyiasat latar belakang syarikat dan orang perseorangan yang di anggap 'orang alim', kita terus percaya. Akhirnya, kita tertipu, duit pun lesap, umrah pun entah kemana. 

Kerana terlau ghairah nak pergi mengerjakan umrah, kita tidak sedar kita sedang di tipu. Siapa tak nak pergi umrah, semua orang nak pergi. Dan, Kalau boleh kita dapatkan nasihat dari saluran yang betul seperti Tabung Haji itu sendiri atau agensi yang berdaftar dengan Tabug Haji. Ini tidak, bila terbaca sahaja iklan di dalam surat khabar, terus kita percaya dan menyerahkan wang yang diminta. Akhirnya, Syarikat tersebut lesap, wang kita pun lesap, tinggalkah kita dengan seribu penyesalan. Tapi dah terlambat. Betul kata perpatah melayu, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Berhati-hatilah. Penyanggak dan penipu berkeliaran di mana-mana. Jangan kita terperangkap dengan pujukkanya semata-mata kerana kita lihat dia macam seorang yang alim. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...