SIAPA sebenarnya gengster, rasis dan mengamalkan idologi komunis. Insiden di bawah ini menceritakan kebenaran dan mengesahkannya :
TELUK INTAN : Seorang wanita yang juga petugas Barisan Nasional (BN) daripada PPP ditumbuk di Taman Desa Aman di sini petang semalam. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang (gambar bawah kanan) berkata, wanita berusia 58 tahun itu ditumbuk semasa berkempen dari rumah ke rumah. Katanya, wanita itu telah membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut. Tiga atau empat orang daripada parti PPP telah membuat kempen rumah ke rumah. Apabila mereka tiba di satu rumah, suspek telah menumbuk dan menendang salah seorang daripada ahli PPP tersebut.
Kami telah mengenal pasti suspek berusia 61 tahun berkenaan. Suspek telah datang ke balai polis membuat laporan bahawa kumpulan PPP itu datang ke rumahnya untuk mencuri buah mempelam. Suspek pergi menemui kumpulan berkenaan dan berlaku pertengkaran dan kejadian tumbukan, katanya. Kok Liang berkata demikian ketika ditemui selepas menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal di Dewan Serbaguna Ibu pejabat Polis Daerah Hilir Perak di sini hari ini. Jelas Kok Liang, pihak polis akan menyiasat insiden itu di bawah Seksyen 323 mendatangkan kecederaan dan kertas siasatan dakwaan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa untuk keputusan. Apa alasan dan komen DAPigs dalam insiden ini, salah UMNO/BN jugak ke? Wasallam ~ IBM
No comments:
Post a Comment