NEW DELHI : Laluan berliku menanti pasukan badminton negara pada suku akhir Piala Thomas hari ini, apabila diundi menentang gergasi Eropah, Denmark. Dalam undian yang diadakan awal pagi tadi, selepas semua perlawanan terakhir peringkat kumpulan tamat, Malaysia yang muncul juara Kumpulan C selepas menewaskan Korea Selatan 3-2 turut diletak dalam laluan yang sama dengan juara 13 kali, Indonesia dan Korea Selatan.
Itu bermakna, seandainya berjaya menumpaskan Denmark di suku akhir skuad negara akan menempah pertemuan dengan pemenang di antara Indonesia dan Korea Selatan di separuh akhir. Penyandang juara, China pula akan berdepan Thailand pada suku akhir, sebelum bertemu pemenang di antara Jepun dan Perancis pada suku akhir.
* IBM yakin skuad badminton negara boleh menumpaskan Denmark malam ini, dan melangkah ke separuh akhir menentang pemenang antara Indonesia atau Kore Selatan. Doakan agar skuad negara beroleh kejayaan. IBM yakin, Malaysia boleh! Wasallam * ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH LAGI. BACA JANGAN TAK BACA"
No comments:
Post a Comment