Pages

Friday, May 16, 2014

PIALA THOMAS : TUGAS BERAT MENANTI DATUK LEE CHONG WEI

JUMAAT, 16 MAY 2014
Pemain perseorangan utama negara, Datuk Lee Chong Wei menegaskan bahawa tanggungjawab yang dipikulnya lebih berat kerana mahu memastikan skuad Piala Thomas negara mampu menepati sasaran ditetapkan iaitu mara ke peringkat separuh akhir. Chong Wei berkata meskipun tidak lagi memikul tugas selaku ketua pasukan, beliau masih perlu menyiapkan diri bagi mengutip mata pertama buat pasukan pada setiap perlawanan agar dapat mengurangkan tekanan kepada rakan-rakan lain. "Baik menggalas tugas sebagai kapten atau sebaliknya, tiada banyak bezanya peranan saya didalam pasukan. 

"Saya masih perlu memikul tanggungjawab kerana saya merupakan pemain perseorangan pertama yang juga individu turun ke gelanggang. Sekiranya saya berjaya mengutip mata pertama buat pasukan, ianya pasti memberi keyakinan kepada beregu utama dan rakan pasukan lain bagi mencatat kemenangan," katanya sebelum berlepas ke New Delhi. Tambahnya lagi, persaingan kali ini lebih istimewa buat beliau berbanding saingan sebelum ini. "Saya dapat melihat sendiri dimana rakan pasukan rata-rata bersemangat walaupun rata-rata diantara mereka baru pertama kali beraksi dipentas Piala Thomas,"katanya. 

Pemain perseorangan ketiga negara, Liew Daren akan menggalas tugas selaku ketua pasukan buat skuad Piala Thomas. Skuad Piala Thomas diletakkan dalam kumpulan C bersama Korea Selatan, Jerman dan India yang berlangsung di New Delhi sambil juara bertahan, China berada di kumpulan D diundi bersama Taiwan, Russia dan Perancis. Walaupun sukar untuk ke perlawanan akhir dan memenangi Pial Thomas ini, tapi, jika kesungguhan dan semangat tinggi yang di tunjukkan oleh pemain-pemain negara, insyallah ianya boleh berlaku. Tidak mustahil. Majulah sukan badminton untuk negara. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

No comments:

Post a Comment