Pages

Sunday, May 4, 2014

SEBENARNYA MEDIA DAH 'PENAT' DAN 'MENYAMPAH' LAYAN NUAR

AHAD, 4 MAY 2014
[SHAH ALAM - Kini bukan sahaja petugas media 'penat' untuk mengikuti perkembangan politik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahkan pemerhati politik turut merasakan perkara yang sama, ujar Profesor Datuk Dr Ramlah Adam.Tambah penganalisis politik itu, politik melampau yang dibawa Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mula mencetuskan rasa menyampah banyak pihak termasuk golongan cendekiawan sendiri. "Saya rasa memang penat, penat pemberita nak bercakap, mengulas benda yang sama, yang tak masuk akal dan lepas itu pemberita pun tak tahu nak cakap apa dah. Lepas itu pemberita pun kena main jugaklah bukan saja pengikutnya, pengikutnya sudah tentulah memang dah kena cucuk hidung tapi pemberita, "Dulu pemberita hampir 90 peratuslah sokong Anwar, saya percaya sekarang pun pemberita dah letih, dah mula menyampah dan tak percaya pada Anwar dan sebagainya.

Menurut Ramlah, mungkin dulu pemberita belum dapat membaca apakah agenda pemimpin pakatan pembangkang itu, namun lama-kelamaan gerak geri Anwar bagai boleh dijangka golongan itu. "Saya fikir itulah cara Tuhan nak membalas sesuatu perkara, benda-benda ini sebenarnya baru-baru memang orang suka tapi bila dah lama-kelamaan bila perkara itu sendiri  menunjukkan dia punya kelemahan dan tembelang sudahnya orang ramai sudah tidak perlu diberitahu kerana sudah boleh agak sendiri lepas ini dia buat begini dan begitu. "Akhirnya surat khabar Malaysia pun malas nak lapor sebab banyak sangat pasal hal politik dia,"ujarnya.
  
Ujar Ramlah, disebabkan percaturan politik Anwar itu, semakin banyak pihak terutama di kalangan ahlinya sendiri mula mempersoal apakah matlamat perjuangan sebenar PKR? Akhir-akhir ini PKR dilihat lebih mempertahankan Anwar berbanding membawa isu-isu rakyat ke hadapan. Terbaru, Himpunan Bantah GST yang di adakan di Ibunegara Khamis lalu. Himpunan yang turut di sertai kanak-kanak dan bayi itu ternyata sia-sia apabila pemimpin pembangkang pada kemuncaknya hanya memberi amaran kepada kerajaan agar 'jangan sentuh Anwar'. Anwar kini berdepan dengan hukuman penjara 5 tahun selepas Mahkamah Rayuan memutuskan beliau bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Sekitar Februari lalu, rakyat Selangor dikejutkan dengan percaturan politik PKR yang secara sengaja mahu mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang hanya semata-mata untuk menobatkan Anwar sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim. Perkara itu disahkan sendiri oleh timbalan presidennya, Azmin Ali, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dan beberapa lagi pemimpin akar umbi parti itu. Namun usaha itu gagal lantaran Anwar disabit sebagai bersalah berhubung kes liwatnya itu. Bingkas Anwar dan pemimpinnya yang lain menuding jari kepada kerajaan Persekutuan di atas kegagalannya itu. Malah Anwar pantas memanfaatkan peluang memburukkan imej negara di mata dunia tatkala isu kehilangan pesawat penerbangan Malaysia MH370 tercetus.

Menggunakan platform media asing, Anwar mengutuk kerajaan Malaysia sebagai lembab dan tidak berupaya menangani kes itu. Anwar turut mendakwa mampu menguruskan hal itu sebaik mungkin jika beliau mempunyai kuasa Perdana Menteri. Beliau juga mengutuk Datuk Seri Najib Razak sebagai ketua negara yang takut untuk berdepan dengan media asing dalam mengulas isu kehilangan pesawat itu. Bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak pula mengulas kenyataan banyak pihak bahawa isu kehilangan MH370 adalah misteri paling sukar dalam sejarah penerbangan dunia. Sehingga kini usaha mencari dan menyelamat MH370 dan 239 anak kapal serta penumpangnya masih dijalankan].

Kalau korang petugas media penat dan menyampah dengan kerenah Anwar Brahim, apatah lagi rakyat. Rata-rata rakyat juga bersependapat dengan para media di negara ini. Memang mereka betul-betul meluat kerana dah bertahun-tahun cerita politik Nuar Brahim ini tak pernah habis. Sampai dia masuk penjara dan keluar penjara pun ada je cerita dan kerenah si Nuar Brahim yang mana akan mencari salah orang seolah-olah dia sahaja yang betul.

Begitu jugalah dengan orang-orang dan pengikut kuatnya, seorang demi seorang meninggalkan Nuar Brahim kerana mereka sudah mengetahui cara Anwar Brahim berpolitik, bukan untuk kepentingan rakyat dan negara, tapi lebih kepada diri dan keluarga dan rakan (kroni) terdekatnya. Jadi, tak hairanlah sekarang ini, desas-desus mengatakan bahawa Pakatan Rakyat berkemungkinan akan pecah dan hancur. Hanya yang tinggal sekarang, orang-orang kanannya yang masih bergantung harapan dan nasib menanti dan menanti kota-kota Nuar Brahim akan menjadi Perdana Mentei satu hari ini.

Tapi, kita semua tahu bahawa harapa Nuar Brahim yang tinggi mengunung itu tidak akan kesampian. Ini bukan kerana apa, perjuangan Nuar tidak jujur, beliau ingin berkuasa semata-mata hendak membalas dendam terhadap orang-orang yang telah menghumban beliau ke penjara dan sekali gus menamatkan krier politik Anwar.  Maka, kesimpulannya politik Anwar semakin pudar dan IBM percaya petugas media tidak lagi begitu ghairah untuk mencari bahan cerita prihal Anwar Brahim untuk di paparkan ke surat khabar mereka. Menyampah!!  APA KOMEN ANDA? ~ IBM 
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

No comments:

Post a Comment