(GAMBAR HIASAN)
Pelik le manusia sekarang ni. Sikit-sikit nak bunuh diri. Kalau ia pun ada masalah, janganlah menyusahkan orang. Kalau nak bunuh diri, buat tempat sunyi, buat senyap-senyap. Ini tidak, kan jambatan yang mana orang ramai nampak. Bodoh punya manusia. Semalam, seorang penganggur lelaki berusia 30 tahun berjaya diselamatkan selepas dia cuba untuk melompat dari Jambatan Pulau Pinang. Dalam kejadian pada pukul 9.10 pagi Isnin, seorang pemandu yang sedang dalam perjalanan ke Butterworth, melihat seorang lelaki yang duduk di tembok jambatan dengan sebelah kakinya tergantung, di KM7.4.
Difahamkan lelaki itu berjaya ditarik dengan selamat oleh pemandu itu, sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan oleh pihak polis. Oleh itu, mereka yang mempunyai masalah boleh menghubungi Befrienders di talian 04-2815161 atau 04-2811108 di Pulau Pinang, 05-5477933 atau 05-5477955 di Ipoh dan 03-79568144 atau 03-79568145 di Lembah Klang. Mungkin badan ini boleh membantu. Bunuh diri tidak akan menyelesaikan masalah. Orang yang tinggal (keluarga) akan dapat masalah. Dan, perlu di ingat, Islam melarang umatnya membunuh diri. Fikir-fikirkan. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
No comments:
Post a Comment