Pages

Thursday, May 1, 2014

TAMPARAN BUAT LGE KERANA PERHIMPUNAN GST PULAU PINANG GAGAL, MENGECEWAKAN...

KHAMIS, 01 MEI 2014
Berpandukan kepada cerita di bawah ni, jelas bahawa rakyat sudah mula muak, naik menyampah akan sikap pembangkang yang asyik-asyik mengajak dan mengheret rakyat ke jalanan untuk berdemo kerana tidak puas hati apa yang telah laksanakan demi untuk kebaikan rakyat semua. Bagi pembangkang, semua yang kerajaan buat tak betul, tidak telus dan berbagai-bagai lagi tomahan yang mereka lamparkan terhadap kerajaan. Yang sedihnya tu mereka menyuruh rakyat kedepan, tapi mereka semua duduk di belakang. Memang pengecut dan dayus pemimpin-pemimpin pakatan haram ini. 

Bukti bahawa rakyat sudah mula bosan dengan gelagat pembangkang apabila perhimpunan GST yang di rancangkan begitu teliti di Pulau Pinang, begitu menghampakan walaupun tidak ada bukti yang boleh dikaitkan yang menglibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu. Tapi,  bagi IBM, sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah gagal kerana kehadiran perhimpuan GST tersebut hanya di hadiri seramai 400 orang sahaja. Target mereka ialah 5,000 peserta. Ini bermakna, rakyat bukan lagi hamba kepada pemimpin-pemimpin yang berkepentingan diri sendiri. Rakyat sudah dapat menilai yang mana baik dan yang mana buruk. Hanya yang tinggal mereka-mereka yang telah diracuni pemikiran mereka dan ada yang dibayar bagi menghadiri perhimpunan haram tersebut.

Kepada peserta demo yang gagal ni, elok benarlah muhasabahkan diri. Tanya pada diri anda, betulakah apa yang aku buat hari ini. Berbaloikah apa yang aku buat. Kerajaan telah buat yang terbaik untuk rakyat, tapi, kenapa aku terjerumus bersama pembangkang yang dengki dan iri hati akan kejayaan yang telah di buat oleh kerajaan yang ada sekarang ini. Fikir-fikirkan. Wasallam ~ IBM

[Kehadiran peserta demonstrasi membantah Kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Pulau Pinang dilihat mengecewakan dengan kehadiran tidak sampai 400 peserta. Sasaran awal penganjur adalah mencapai kehadiran 5,000 peserta. Seramai 30 peserta dilihat berhimpun disekitar kuil Sree Gangtharan Siva Peruman seawal 9 pagi dan mula meningkat pada jam 10.30 pagi. Demonstrasi anjuran Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC) Penang di persimpangan Jalan Telaga Air dan Jalan Siram itu bermula dengan beberapa pemimpin pembangkang sambil melaungkan "Hidup Rakyat! Hapus GST!". 

Semalam, Ketua Polis Pulau Pinang Abdul Rahim Hanafi menegaskan perhimpunan membantah GST di Pulau Pinang disifatkan sebagai haram ekoran beliau belum menerima sebarang permohonan untuk mengadakan perhimpunan teresebut. Walaubagaimanapun, Penyelaras Suara Rakyat Malaysia (Suaram) R Thevarajan bertegas untuk menganjurkan perhimpunan tersebut dan menagabikan untuk memberi notis 10 hari kepada pihak polis bagi menganjurkan perhimpunan sepertimana yang diperuntukkan oleh Akta Perhimpunan Aman 2012. Ianya berikutan keputusan Mahkamah Rayuan berkenaan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman berkaitan notis 10 hari sebagai tidak relevan].

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

No comments:

Post a Comment