Pages

Friday, May 30, 2014

TRAGEDI MH370 : 'LAUTAN HINDI BUKAN LOKASI TERAKHIR'....TAPI DIMANA?

JUMAAT, 30 MAY 2014
MISTERI kehilangan MH370 ini di lihat seperti negara kita di permainkan oleh sesebuah pihak yang amat-amat berkuasa di dunia ini. Bermacam-macam cara, berbagai-bagai peralatan canggih digunakan, tapi pesawat (bangkai) MH370 masih belum di temui. Bila difikirkan memang tak lojik dan masuk akal. Perkembangan terbaru di bawah ini pun masih belum dapat merungkai kehilangan MH370 :

KUALA LUMPUR : Pencarian pesawat MH370 yang memasuki hari ke-84 hari ini, terus menimbulkan misteri apabila pihak berkuasa Australia semalam memutuskan kawasan seluas 850 kilometer persegi yang menjadi lokasi tumpuan Bluefin-21 bukan lokasi terakhir pesawat itu. Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) menerusi kenyataan yang dikeluarkan Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), keputusan itu dibuat selepas Bluefin-21 menamatkan operasi pencarian di dalam laut, petang kelmarin, di lokasi isyarat yang dipercayai dari kotak hitam MH370 sejak awal April lalu. 

Data yang terkumpul hasil operasi pencarian itu sudah dianalisis dan JACC mendapati tiada serpihan pesawat berkenaan dikesan AUV itu sejak menyertai operasi pencarian. ATSB juga mencadangkan untuk menamatkan pencarian di kawasan yang diberi fokus sejak awal bulan lalu, selepas pengesanan isyarat gelombang gagal menghasilkan sebarang petunjuk. Kapal pertahanan Australia, Ocean Shield yang membawa Bluefin-21 juga dilaporkan sudah meninggalkan kawasan pencarian malam kelmarin dan dijangka tiba di pangkalan di Perth, Australia, esok. Apapun, Malaysia akan meneruskan operasi mencari walaupun seribu tahun lagi. Lambat laun ianya akan terbongkar juga. Insyallah. Wasallam ~ IBM. SUMBER : BERITA HARIAN ONLINE.

2 comments:

  1. HANYA YG OTAK KEMATU SAJA PERCAYA AIRCRAFT TU TERHEMPAS

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibm~salim hasan,

      IBM dari dulu lagi kurang percaya MH370 terhempas....disorok? kemungkinan..

      Delete