PETALING JAYA : Pelakon dan pelawak Zizan Razak menyangkal dakwaan kononnya dia gagal meraih sebarang trofi pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) kerana namanya dikaitkan dengan beberapa kontroversi. Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, 30, berkata, sekiranya faktor tersebut diambil kira dia yakin namanya tidak akan tersenarai sejak pencalonan awal kerana para peminatnya dan pengundi sudah bijak untuk menilai seseorang artis. Alhamdulillah, sudah tercalon dalam lima kategori pun sudah dikira cukup bagus dan rasanya bukan kerana kontroversi saya gagal mendapat sebarang trofi kerana peminat hari ini sudah bijak menilai. Tambahan pula kontroversi yang melibatkan saya tidaklah seteruk mana sehingga ia mampu membuatkan peminat membenci saya," katanya.
Menerusi ABPBH 2013, Zizan dicalonkan dalam lima kategori iaitu Pelakon Filem Lelaki Popular, Artis Komedi Lelaki Popular, Pengacara TV Lelaki Popular, Gandingan Serasi di Layar Perak dan Artis Berpengaruh di Laman Sosial. Dalam pada itu, Zizan berkata, dia tidak kecewa apabila gagal membawa pulang sebarang trofi kerana apa yang berlaku diluar kawalannya selain soal rezeki ditentukan oleh Allah. Jelas Zizan, keputusan yang dibuat peminat perlu diterima dengan baik dan bersyukur apabila ahli kelab peminatnya sentiasa berada disisinya dan memberi sokongan kuat terhadap kerjayanya. Tanpa peminat saya tidak mungkin akan berdiri di sini pada hari ini dan sokongan tidak berbelah bahagi mereka membuatkan saya kuat dan bersemangat untuk terus memberikan terbaik dalam kerjaya saya," jelasnya.
Sementara itu, mengulas mengenai kemenangan Aaron Aziz sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 2013 buat kali kedua, Zizan berkata, Aaron layak menerima penghargaan berkenaan dan ia tidak seharusnya dipertikaikan oleh mana-mana pihak."Saya bangga dengan Aaron atas pencapaian mereka dan dia berhak menerima anugerah tersebut malah saya turut tumpang gembira dengan kemenangan sahabat lain seperti Datuk AC Mizal dan Jep Sepahtu, jelasnya. SUMBER : MSTAR

No comments:
Post a Comment