INILAH akibatnya jika bersikap ego, tamak dan tidak berpengalaman di dalam menguruskan sesebuah kerajaan. Pakatan Rakyat Selangor dilihat memang kurang berpengalaman mentadbir negeri dan kebanyakan pemimpin-pemimpin mereka menjurus kepada kepentingan peribadi dan terlalu banyak berpolitiking sehingga kebajikan rakyat diabaikan. Pakatan tidak di lihat mempunyai material sebagai sebuah kerajaan yang baik. Inilah yang terjadi kepada pemasalahan air di Selangor ini. Semasa Barisan Nasional (BN) memerintah, belum ada krisis air seteruk ini hinggakan air lombong nak dijadikan minuman untuk rakyat. Dah gila ke apa Pakatan ni? IBM setuju dengan pandangan ketua Pembangkang Selangor yangmengkritik keras di atas langkah kerajaan negeri untuk menggunakan air mentah dari bekas lombong. Kepada yang berkesempatan, baca rumusan di bawah ini oleh Ketua Pembangkang negeri Selangor iaitu Datuk Shamsuddin Lias :
Barisan Nasional (BN) Selangor meminta kerajaan negeri berhenti memperbodohkan rakyat berhubung langkah untuk menggunakan air mentah dari bekas lombong bagi menampung keperluan air di Lembah Klang. Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Shamsudin Lias (gambar bawah kanan) berkata ini kerana tahap kebersihan kawasan berkenaan tidak dapat dipastikan dan bimbang akan memberi kesan kepada kesihatan rakyat Selangor. Janganlah kita hendak perbodohkan rakyat negeri Selangor, minum air lombong ini yang mengadungi bahan-bahan arsenik, logam yang mencemarkan bukan kesannya serta merta macam minum racun ataupun memudaratkan badan kita serta merta. Ini kesan dia dalam jangka masa panjang. Kalau kita ambil air terus dari lombong kita terdedah kepada risiko yang tinggi kepada kesan-kesan sampingan terhadap kesihatan seperti kanser dan sebagainya," tegasnya kepada Antarapos. Menurut Shamsudin, ini kerana antibodi semua orang berbeza untuk menerima setiap kandungan bahan logam yang terkandung dalam air terbabit selain menggesa kerajaan negeri mengambil sikap lebih berhati-hati dalam mengaplikasikan cara itu.
Katanya, di loji-loji rawatan pun masih banyak persoalan yang tidak berjawab mengenai kualiti air itu inikan pula air bekas lombong. Kita minum 5 liter sehari katakan walaupun kandungan bahan tercemarnya sikit tapi kita kena ingat antibodi kita tak sama. Jadi, ini sangat berbahaya benda-benda yang kita ambil secara terus ini kita kena lebih berjaga-jaga dan jangan nak main-main. Di loji pun kita masih ada persoalan bagaimana kemampuan loji menapis air, adakah loji ini telah direka untuk mengambilkira kandungan ini? Saya rasa tidak, perkara-perkara ini jangan kita ambil risiko, katanya. Ujarnya lagi, kerajaan negeri jangan begitu mudah mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah kekurangan air di negeri itu dengan menggunakan air lombong dan mentah-mentah menolak setiap kenyataan yang tidak menyokong mereka dalam isu ini. Sebab kita ada lombong dan untuk mengatasi masalah air sebab dah janji tak ada catuan air jadi kita gunalah air lombong ini.Dan bila kajian yang mengatakan tak menyokong kata kita tak relevan dan cari kajian yang menyokong mereka," ujarnya.
Malah, menurut Shamsudin belum pun tempoh lima hingga enam bulan tempoh jaminan belakan air cukup untuk negeri itu sudah ada beberapa tempat mengalami gangguan bekalan air, soalnya. Adakah ini hanya janji-janji manis, saya kata ini menanam tebu dipinggir bibir ataupun ini betul-betul serius? Justeru, beliau berkata kerajaan negeri tidak perlu terlalu ego dalam hal ini serta menerima cadangan dari Pahang dan Negeri Sembilan yang ingin menjual air mereka kepada Selangor selain mempercepatkan pembinaan Loji Langat 2 sepertimana yang ditawarkan kerajaan. Saya dah sarankan dan jangan ego sangat ada banyak alternatif. Sebab itu kalau saya diberi pilihan ini adalah pilihan terakhir tetapi kerajaan Selangor telah membuat jalan pintas ini solutionnya. Sebenarnya kita dan cadangankan solutionnya dimana ambil air daripada Pahang, terowongnya pun dah siap tinggal siapkan loji saja. Mengapa tak sedut saja air dari Pahang buatlah sistem salurannya yang saya kira kosnya tak berapa tinggi, salurkan saja kepada empangan lain dan melalui saluran paip yang ada dia boleh salurkan ke empangan-empangan lain untuk memenuhi keperluan air di kawasan terbabit dengan air mentah dari Pahang, katanya lagi.
Shamsudin juga turut mempersoalkan tindakan Menteri Besar itu yang berdiam diri dengan tawaran kerajaan Negeri Sembilan dan lebih memilih untuk membuat pembenihan awam. Kerajaan Negeri Sembilan juga telah tawarkan pembelian air 3 juta liter sehari, kenapa kita berdiam diri? Berundinglah dengan kadar yang boleh diberikan, ini dia tak nak bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan. Padahal nak buat pembenihan awan itu juga dia perlukan kapal terbang dari kementerian Pertahanan dan inilah perlunya kerjasama yang erat dari kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Barulah orang kata dapat memastikan rakyat kita terjamin, ini tidak. Saya tak yakin ini dapat memenuhi keperluan air terutama dalam keadaan El-Nino ini sekarang pun keadaan dah kering, ujar beliau. Apapun, Pakatan bukanlah sebuah kerajaan yang bagus dan berpengalaman. Mereka (pemimpin) Pakatan hanya mahu mengaut segala kekayaan yang ada di Selangor ini. Wasallam ~ IBM
No comments:
Post a Comment