Pages

Wednesday, June 18, 2014

BELUM ADA CADANGAN UNTUK PINDA AKTA TUKAR AGAMA BUDAK BAWAH UMUR, KATA PM

RABU, 18 JUNE 2014
BERBICARA tentang masalah rumah tangga yang berakhir dengan perceraian, memang kerap kita dengar dan kanak-kanaklah yang menjadi mangsa. Kes seumpama ini kerap berlaku kepada pasangan yang berbangsa lain, bukan dari kalangan bangsa Melayu. Contohnya Indian muslim (lelaki) berkahwin dengan perempuan India yang memeluk agama Islam. Bila rumah tangga mereka bermasalah, maka berlakulah percerian. Maka, anak-anak mereka akan menghadapi masallah  kerana bila kes tuntutan menjaga anak dituntut di Mahkamah, menang pulak di pihak perempuan dan menukar agama kembali kepada agama asalnya, iaitu agama hindu, maka anak yang tak berdosa itu di heret bersama. Oleh kerana kes-kes seumpama ini sudah kerap berlaku, dan ada suara-suara sumbang di luar sana yang mengapi-apikan supaya kerajaan meminda akta kebebasan untuk keluar agama. Tapi, Kerajaan belum bercadang meminda peruntukan undang-undang berkaitan isu penukaran agama membabitkan kanak-kanak berusia bawah 18 tahun.

Jesteru, di Parlimen hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, berdasarkan peruntukan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan, agama bagi kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapa atau penjaga. Persetujuan salah satu pihak sahaja adalah memadai dalam penentuan agama seorang kanak-kanak kerana perkataan yang digunakan dalam Perkara 12(4) adalah ibu bapa atau penjaga, bukannya ibu bapa dan penjaga yang mana bermaksud ibu atau bapa atau penjaga. Oleh itu semua pihak perlu tertakluk kepada undang-undang yang sedang berkuat kuasa memandangkan kerajaan belum meminda apa-apa peruntukan undang-undang, katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Rabu.

Beliau menjawab soalan M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) yang bertanya bila kerajaan mahu menggubal undang-undang berkaitan berhubung hak penukaran agama kanak-kanak. Menerusi soalannya, Kulasegaran merujuk kepada keputusan Kebinet pada 2009 yang mengharamkan kes penukaran anak tanpa kebenaran ibu dan bapa. Harap ianya tidak berlarutan. Yang menjadi mangsa ialah kanak-kanak yang terlibat. Silap langkah, gelap masa depan  mereka. fikir-fikirkan. Wasallam ~ IBM

No comments:

Post a Comment