MAAF, IBM bukan nak buat-buat sibuk akan isu ini. Tapi, MCA harus sedar dan ambil iktibar bahawa Barisan Nasional (BN masih mengamalkan sikap setia kawan dan bukan sikap hipokrit ataupun mengamalkan kuasa kuku besi. Hormat kepada komponen-komponennya masih diteruskan. Itulah tradisi didalam BN. Jadi, MCA sendiri mahu ingat supaya lain kali jaga mulut tu dan jangan terlalu lantang. Kaji dan berbincang dahulu sebelum membuat kenyataan. Kesimpulannya, apa lagi yang MCA mahu?
KUALA LUMPUR : Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun hari ini mengangkat sumpah sebagai Senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang. Ia merupakan pelantikan semula beliau sebagai Senator untuk penggal kedua dan akan akan berkhidmat bagi tempoh tiga tahun. Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelantikan Chew sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selain penyertaan beberapa anggota MCA dan Parti Gerakan dalam Kabinet.
Chew, ketika ditemui pemberita selepas majlis tersebut berkata, beliau amat berterima kasih kepada Perdana Menteri serta Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai atas kepercayaan yang telah diberikan. Dengan pelantikan saya sebagai Senator hari ini, serta pengumuman yang dibuat Perdana Menteri semalam, saya percaya ini merupakan platform bagi saya untuk terus menyumbang kepada kemajuan negara dan menjamin keharmonian kaum secara lebih berkesan, katanya. Apapun, tahniah kepada YB Senator Datin Paduka Chew Mei Fun di atas perlantikan tersebut. Ingat, BN untuk semua. Wasallam ~ IBM
No comments:
Post a Comment