SEMANGAT tidak lekas putus asa di atas kekalahan beliau yang lampau harus dicontohi oleh kita semua. Pujian harus kita berikan kepada Presiden Gerakan ini. Semangat juangnya begitu tinggi sekali. Baginya, kalah di pertanding yang lalu tidak melemahkan semangat beliau untuk terus berjuang demi parti dan negara. Ini juga membuktikan Gerakan masih relevan setelah di pertikai oleh rakan-rakan kongsinya di dalam BN. Soalan Cupu Emas kepada MCA? Adakah MCA masih relevan? :
TELUK INTAN : Datuk Mah Siew Keong menjelaskan, parti Gerakan yang juga komponen Barisan Nasional (BN) pimpinannya itu masih relevan dan tidak ketinggalan seperti didakwa pembangkang. Sebaliknya, Ahli Parlimen Teluk Intan yang baharu itu berkata, parti itu semakin berkembang umpama 'matahari terbit'. Kemenangan saya (dalam Pilihan Raya Kecil Teluk Intan) akan memperlihat perkembangan yang lebih besar buat Gerakan. Sejak saya dilantik sebagai presiden parti, tugas saya untuk menjaga akar umbi dalam parti. Apabila kita (Gerakan) sudah kuat, kita akan memberikan laluan kepada pemimpin muda untuk mempertingkatkan lagi kedudukan parti. Tugas saya adalah memperkukuhkan akar umbi. Saya sudah terlibat dalam politik selama lebih 20 tahun. Saya akan bekerja kuat beberapa tahun lagi sebelum saya bersara, katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada pertemuan pertamanya bersama rakyat selepas memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan di Pasar Besar Teluk Intan di sini, Ahad.
Mengenai pelantikannya sebagai Menteri seperti diumumkan Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau berkata, ia tertakluk kepada Perdana Menteri mengenai portfolio yang dipertanggungjawab nanti. Apa portfolionya saya tidak tahu. Itu terpulang kepada Perdana Menteri, katanya. Tambahnya, beliau tidak mahu mengambil kesempatan terhadap kedudukannya sebagai presiden parti. Bila saya kalah dua kali, saya ambil dua tanggungjawab untuk parti. Jika saya kalah sekali lagi, saya tidak akan mendapat lagi mandat daripada rakyat untuk menjadi Presiden Gerakan. Saya sudah berjanji sebelum ini sekiranya kalah, saya tidak akan menggunakan 'pintu belakang' untuk dilantik sebagai senator, sebaliknya akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya untuk parti. Adakah bila kalah sebanyak tiga kali saya masih menjadi presiden parti? Saya fikir dari segi moral ia menunjukkan seseorang itu tiada kredibiliti, katanya. IBM sokong 100% akan kenyataan Datuk Mah. Bukan nak bodek, tapi ianya satu kenyataan yang relevan. Wasallam ~ IBM SUMBER : mSTAR
No comments:
Post a Comment