MEMANG telah dijangka. DAP akan menyalahkan PAS diatas kekalahan mereka di PRK Teluk Intan baru-baru ini. Dari situ, kita sudah dapat meneka bahawa kedua-dua parti yang juga rakan kongsi dalam Pakatan Rakyar (PR) memang tidak sehaluan. Politik mereka memang berbeza. Seorang kata nak laksankan hudud dan seorang lagi kata 'langkah mayat aku dahulu kalau nak laksanakan hukum hudud' (dah mati pun) dan...seorang lagi diam membisu, main selamat, iaitu PKR. Itulah senario politik Pakatan Rakyat (PR) yang bercita-cita tinggi untuk menerajui negara. Cerita dibawah ini menceritakan siapa mereka yang sebenarnya :
PAS hari ini membidas DAP kerana menuduh isu pelaksanaan hudud menjadi punca kekalahan DAP dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen (PRK) Teluk Intan. Sebaliknya, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah (gambar kanan) berkata, punca sebenar kekalahan DAP adalah protes senyap pengundi Cina terhadap calon Melayu, Dyana Sofya Mohd Daud bagi mewakili parti itu. Pengundi Cina tidak berpuas hati dengan calon yang dikemukakan DAP. Masyarakat Cina hendak calon Cina juga. Mereka letak calon Melayu yang bukan tempat asal dia. Bagi Nik, beliau melihat dari sudut itu dan beliau ingin menasihatkan DAP supaya jangan meletakkan kesalahan itu kepada orang lain, kata Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kelantan itu kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Perdagangan Kelantan, di Kelantan Trade Centre (KTC) di Kota Baru, hari ini.
Amar berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ahli Parlimen Puchong daripada DAP, Gobind Singh Deo yang menyifatkan isu pelaksanaan undang-undang hudud oleh rakan komponen mereka dalam Pakatan Rakyat, PAS, sebagai faktor Dyana Sofya tewas dalam PRK itu baru-baru ini. Dalam pilihan raya kecil berkenaan, calon Barisan Nasional, Datuk Mah Siew Keong mengalahkan Dyana Sofya dengan majoriti 238 undi. Mah memperoleh 20,157 undi berbanding Dyana Sofya 19,919 undi. Mohd. Amar berkata, jika isu pelaksanaan hukum hudud benar-benar menakutkan pengundi Cina hingga menjadi faktor utama kekalahan di Teluk Intan maka sudah tentu ia turut mengakibatkan DAP kalah di PRK Bukit Gelugor.
Tetapi PRK Bukit Gelugor DAP menang dan tidak terjejas. Jadi ini tidak bersangkut paut dengan hukum hudud yang kita hendak laksanakan, katanya. Tapi, DAP terlupa bahawa lain padang lain belalang. Bukit Gelugor dan Teluk Intan tidak sama. Politiknya berbeza. Kenyataan dari anak mendiang Karpal Singh adalah kenyataan orang yang cetek didalam arena politik. Apapun, memang pemikiran pemimpin-pemimpin DAP ni cetek, tak boleh pakai, dulu kini dan selamanya. Wasllam ~ IBM
No comments:
Post a Comment