Pages

Monday, June 16, 2014

HUDUD : PAS MACAM MAIN WAYANG KULIT. PAS SELANGOR KATA KELANTAN BUAT DULU BARU SELANGOR IKUT....HAMPEHHHH BETUI!

ISNIN, 16 JUNE 2014
SEPERTI yang kita tahu, isu perlaksanaan Hudud yang hangat di perkatakan dan menjadi bahan kempen semasa PRK Teluk Intan, kini seolah-olah sudah basi. Senyap sunyi. Kini, PAS seolah-olah macam main sendiwara atau wayang kulit. Tolak-menolak le pulak dah. PAS Selangor kata, biar PAS Kelantan buat dahulu, dia orang nak tunggu dan lihat. Apa le punya perjuangan ni? Kata PAS memperjuangan Islam dan hak-hak allah swt, tapi, isu hudud ni macam depa dah jadi batu kerana disumpah DAPigs. Batu, korang tahu le batu, diam tak bergerak-gerak. Itulah yang terjadi pada PAS sekarang ini. Mereka (PAS) takut berbeno dengan DAP. PAS tak ada telo.  Dolak-dalik PAS seperti cerita di bawah ni. Baca, jangan tak baca :

SHAH ALAM : PAS Selangor mahu melihat terlebih dahulu sejauh mana hudud dapat dilaksanakan di Kelantan sebelum memutuskan pelaksanaanya di negeri ini, ujar Pesuruhjayanya, Iskandar Abdul Samad (gambar kanan ). Ujarnya, buat masa ini hanya Kelantan bersedia untuk melaksanakan hukum tersebut setelah menyusun strategi sejak 20 tahun lalu. Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah PAS Selangor akan mengusulkan isu hudud pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), yang bermula hari ini. Kita mahu rakyat melihat keberkesanan pelaksanaan Syariah di Kelantan terlebih dahulu. Terlampau banyak salah faham tentang pelaksanaan Syariah. Bagi hukum Hudud atau dengan lebih tepat lagi Kanun Jenayah Syariah, perancangannya adalah ia dilaksanakan di Kelantan dahulu. Lebih 20 tahun sejak Kelantan meluluskan enakmen dan melaksanakan penerangan. Mereka telah bersedia.

Diharapkan dgn pelaksanaan Syariah di Kelantan akan dapat mengubah persepsi rakyat terhadap hukum Islam," ujarnya menerusi aplikasi 'WhatApp' kepada Antarapos. Terdahulu Umno Selangor bertindak mengusulkan usul 'Mengkaji Kebarangkalian Pelaksanaan Hudud di Selangor' sebelum menarik semula usul itu setelah mengadakan perbincangan dengan pemimpin Barisan nasional (BN). Umno Selangor juga merasakan ia adalah tanggungjawab PAS selaras dengan perjuangan parti berkenaan. Tindakan menarik balik usul itu menyaksikan PAS Selangor mula dipersoal adakah mereka tidak berhasrat untuk memperjuangkan hukum itu. Kita tidak seharusnya memecah-mecahkan PAS kpd PAS Selangor, PAS Kelantan atau PAS Terengganu. PAS adalah satu. Perancangan PAS adalah bersepadu. Sama ada untuk Hudud atau program-program utama yang lain ia dirancang bersekali, ujar Iskandar. Podahhhhhh! Sudahlah PAS. Cakap tak serupa bikin. Memalukan orang melayu Islam je. Memang patutlah korang digelar "Parti Ajaran Sesat". Wasallam ~ IBM

1 comment:

  1. di Selangor macam mana nak laksana hudud kalau kes yg ada spt kes murtad, kes kalimah Allah dan kes rampasan bible pun Pas tak berani buka mulut...nampak lebih utamakan survival politik dan perut dpd hukum Allah dan kesucian agama Islam tu sendiri...usah mimpilah jawabnya!

    ReplyDelete