KIDEX : ISU PANAS ANTARA PKR DAN DAP
APA nak jadi-jadilah. Namun untuk melayan kerenah dan bantahan rakan kongsinya dari DAP tidak sekali-kali. Itulah yang berlegar di dalam hati si Khalid gagap dalam menghadapai isu Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex). Khalid gagap dikritik dan dicemoh oleh Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berkenaan pembinaan Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex). Tapi, mengikut Khalid, beliau tidak melayan bantahan dari anak mendiang Karpal Singh itu. Apa yang lebih mustahak bagi beliau adalah memberi kefahaman kepada penduduk berhubung manfaat yang akan diperolehi lebih-lebih lagi di dalam menyelesaikan masalah kesesakan jalan di sekitar Petaling Jaya, Subang Jaya dan Damansara. Lagi pun beliau tidak pernah menghalang Gobind Singh untuk menyatakan perasaan dan pandangannya. Lantak pi lah, katanya.
Baginya, beliau akan meneruskan usaha untuk beri penerangan kepada rakyat. Adalah baik untuk kita mendengar penerangan LLM (Lembaga Lebuhraya Malaysia) dan UPEN (Unit Perancang Ekonomi Negeri) serta pihak Kidex jika perlu untuk menerangkan bagaimana perancangan untuk menyelesaikan kesesakan jalan raya yang dihadapi masa kini dan 20 tahun akan datang, katanya selepas merasmikan Kejohanan Terbuka Jemputan Antarabangsa Piala Foo Kok Keong di Kelab Shah Alam, petang semalam. Sehubungan itu ujar Khalid, beliau tidak akan tunduk kepada desakan yang datangnya daripada wakil-wakil rakyat kerana ia penting untuk menjaga kepentingan rakyat pada masa akan datang. Menurut Khalid, beliau tidak boleh membuat keputusan hanya atas desakan berdasarkan pemikiran politik sahaja.
GADUH.....GADUH.....JANGAN TAK GADUH
Kita kena ambil kira kepentingan rakyat dan bagaimana cara terbaik menyelesaikannya. Jika ia tidak betul, kita mesti cari jalan untuk perbetulkan. Bukan minta ia dihentikan tanpa sebab dan alternatif, katanya. Heboh satu Selangor malah satu Malaysia, Gobind naik angin dan mendesak Menteri Besar Selangor itu mengadakan pertemuan bersama Ahli Parlimen dan Adun untuk menerangkan status kerajaan negeri berhubung pembinaan Kidex. Sebelum ini Khalid turut mengingatkan pihak yang membantah bahawa komitmen untuk menghapuskan tol hanya akan direalisasikan jika PR berjaya menawan Kerajaan Persekutuan.
Mengulas lanjut, kata Khalid, PR hanya menguasai Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang, yang tidak memiliki kuasa penuh untuk untuk menolak bagi memenuhi janji kepada rakyat Selangor dalam manifesto Pilihan Raya Umum lalu. Tegasnya lagi sebagai Pengerusi Manifesto PR Selangor pihaknya tidak pernah gariskan janji untuk tidak wujudkan lebuh raya bertol apatah lagi ia di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan. Betul juga kat si Khalid gagap tu. Selama ini pemimpin-pemimpin Pakatan terlupa bahawa mereka bukan menerajui Kerajaan Persekutuan. Jadi, kenapa isu penghapusan tol di heboh-hebohkan sedangkan mereka (Pembangkang) hanya menguasai tiga negeri sahaja. Itu janji didalam manifesto mereka sekiranya mereka dapat menawan Putrajaya. Bodoh! Wasallam ~ IBM
No comments:
Post a Comment