LAGI kes penderaan OKU didedahkan. Kali ini berlaku di tumpat, Kelantan, negeri Cik Siti Wan Kembang juga lebih di kenali dengan 'serambi Mekah'. Kali ini seorang wanita orang kurang upaya (OKU) berusia 30-an yang dipercayai dikurung lebih 10 tahun di bawah rumah, diselamatkan anggota polis bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di Kampung Pasir Pekan Hulu, di sini, petang tadi. Serbuan ke rumah itu dilakukan kira-kira jam 3.30 petang selepas polis dan JKM mendapat maklumat daripada penduduk kampung terbabit.
Amat menyedihkan apabila wanita terbabit ditemui dalam keadaan kurus kering dan tidak terurus selepas dikurung dalam sebuah bilik konkrit di bawah rumah berkenaan. Menurut Ketua Polis Daerah Superintendan Zaharuddin Rasip berkata, keluarga mangsa akan dipanggil untuk diambil keterangan. Berdasarkan maklumat, ibu bapa OKU ini Sudah meninggal dunia dan dia dijaga abangnya. Ketika serbuan, tiada ahli keluarga berada di situ, katanya. Ya Allah! kenapalah manusia kini semakin kejam. Sudah hilang kasih-sayang terhadap semas insan, apatah lagi umpunya pertalian saudara. Mana silapnya tuan/puan semua? Adakah ini pertanda dunia akan kiamat? Fikir-fikirkan renung-renungkan. Wasallam ~ IBM
No comments:
Post a Comment