Pages

Friday, June 6, 2014

MCA TAK TAKUT DENGAN ANWAR PUN, KATA CHEW MEI FUN

JUMAAT, 06 JUNE 2014
MENGIMBAS kembali kenapa MCA tidak bertanding pada PRK Bukit Gelugor baru-baru ini. Ini jawapan MCA mengesahkan bahawa MCA tidak takut pada Pakatan Rakyat, mahu pun Anwar :

BN TIDAK GENTAR PADA MANA-MANA PARTI. DAN BN ADALAH PARTI UNTUK SEMUA RAKYAT


MCA menangkis dakwaan bahawa parti itu mengelak daripada bertanding di pilihan raya kecil Bukit Gelugor kerana bimbang akan tewas di tangan calon DAP Ramkarpal Singh di kawasan berkenaan. Naib presidennya Chew Mei Fun berkata MCA tidak gentar untuk bertanding melawan Datuk Seri Anwar Ibrahim mahupun isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, apa lagi muka baru seperti Ramkarpal (gambar kanan). Chew berkata, ia bukan satu tindakan "penakut" tetapi lebih kepada satu "strategi"Kami tidak gentar dengan Anwar dan Wan Azizah, jadi mengapa kami perlu takut dengan Ramkarpal?, soalnya dalam satu sidang media di Wisma MCA hari ini. 

Chew yang tewas di tangan Wan Azizah dalam pilihan raya kecil DUN Kajang berkata, keputusan untuk tidak bertanding di Bukit Gelugor adalah juga keputusan yang "pahit". MCA sebelum ini mendakwa ia mengelak dari bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut kerana ingin menumpukan pada kontroversi yang timbul mengenai undang-undang hudud dicadangkan PAS. Tindakan tersebut menerima kritikan pelbagai pihak, termasuk bekas presiden Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Rampkarpal mengekal kerusi yang disandang mendiang bapanya, Karpal Singh itu apabila menewaskan calon Parti Cinta Malaysia Huan Cheng Guan dan dua calon Bebas pada pilihan raya kecil 25 Mei. 
Wajah Pemimpin Parti Anak-Beranak Yang Cakap Tak Serupa Bikin
Kita lupakan pasal PRK Bukit Gelugor ni. Biarlah apa DAPigs nak kata. Yang penting, kita fokus dan buat kerja dari sekarang bagi menghadapi PRU ke-14 nanti. Kalau boleh bukan hanya Bukit Gelugor kita nak tawan, malah Pulau Pinang kita rampas kembali dari DAP. Jadi, MCA dan Gerakan harus berganding bahu dengan parti-parti komponen BN yang lain  seperti UMNO, MIC dan beberapa parti yang lain. Kita bukan cakap besar, tapi, tidak mustahil kita boleh dapatkan Pulau Pinang kembali. Kita BN tidak takut dan gentar pada sesiapa, mahu pun DAP. Wasallam ~ IBM

No comments:

Post a Comment