BERITA mengembirakan buat semua peminat Michael Schumacher. Bekas Juara F1 tersebut telah dibenarkan keluar dari hospital di Grenoble, Perancis selepas beliau sedar dari koma sejak lebih enam bulan lalu. Jaguh berusia 45 tahun itu akan menjalani proses pemulihan di sebuah lokasi yang tidak didedahkan. Dalam satu kenyataan, keluarga Schumacher pada masa yang sama mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat dan pihak hospital yang mendoakan kesejahteraan beliau.
Mereka percaya sokongan yang diberikan banyak membantu juara F1 tujuh kali itu untuk pulih. Schumacher sebelum ini diletakkan dalam keadaan koma secara klinikal selepas mengalami cedera parah di kepala akibat kemalangan ketika bermain ski 29 Disember lalu. Prosedur itu dibuat bagi membantu mengurangkan bengkak dalam otak. Sama-sama kita doakan agar Schumacher dapat kembali normal dan terus menjalani hidup seperti biasa. Ikhlas dari peminat setia Schumacher ~ IBM
No comments:
Post a Comment