Pages

Sunday, June 22, 2014

MISTERI KEHILANGAN MH 370 : KAPTEN ZAHARIE SUSPEK UTAMA? TUNGGUUUUUUUUU..AKAN TERJAWAB JUGA NANTI.

AHAD, 22 JUNE 2014
SIASATAN rasmi polis berhubung kes kehilangan Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 dilaporkan mengenal pasti juruterbang pesawat itu sebagai suspek utama. Polis Malaysia mendapati ayah kepada tiga anak itu, Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, dilihat tidak membuat sebarang komitmen kerja atau sosial pada masa akan datang, melainkan anggota krewnya yang lain, lapor Sunday Times. Siasatan mereka juga menemui bahawa beliau telah memprogramkan simulator penerbangan dengan latihan penerbangan jauh ke selatan lautan Hindi dan mendarat di sebuah pulau menggunakan landasan pendek, dakwa akhbar itu.

Program latihan itu dikatakan telah dipadam tetapi kemudiannya dikesan oleh pakar komputer. Pesawat MH370 hilang pada 8 Mac dalam penerbangannya dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Beijing, China. Terdapat 239 penumpang dan krew di dalam pesawat itu. Sehingga kini, pesawat Boeing 777 itu masih belum ditemui. IBM malas nak komen tentang ini. Dah letih dan rasa kecewa kerana misteri kehilangan MH370 ini masih lagi belum terungkai. Jadi.....diam je le dan kita tunggu dan lihat apa kesudahan episod ini. Wasallam ~ IBM

No comments:

Post a Comment