Pages

Wednesday, June 18, 2014

PENJUAL KUETIAU GORENG TETAK ISTERI, PEMBANTU DITEMUI BOGEL DI DALAM BILIK. APA MOTIFNYA?

RABU, 18 JUNE 2014

INI apa punya angin le pulak?. Kalah judi bertaruh  Piala dunia ke? Balik rumah tiba-tiba mengamuk tetak isteri dan pembantu. Apa citer ni. Agaknya bila Brazil sekadar seri dengan Mexico. Wang sudah taruh, tiba-tiba seri pulak. Inilah gara-gara bolasepak dunia yang sedang berlangsung sekarang. Kisah sedih dibawah ini menjadi pengajaran :

ALOR SETAR : Seorang peniaga kuetiau goreng bertindak menetak dan mencederakan isteri dan pembantu gerainya dengan sebilah parang selepas menjumpai mereka berdua-duaan tanpa pakaian di dalam rumah sewanya. Kejadian berlaku kira-kira pukul 2 pagi Rabu di sebuah rumah yang disewa suspek di Kampung Langgar dekat sini. Suspek dan keluarganya berpindah ke rumah tersebut kira-kira seminggu yang lalu. Suspek melanjutkan tempoh perniagaannya sehingga 3 pagi atau 4 pagi sejak bermulanya kejohanan Piala Dunia. Namun, dia dipercayai balik ke rumah lebih awal untuk menonton perlawanan diantara Brazil dan Mexico yang bermula pada pukul 3 pagi.
Suspek berusia 28 tahun itu menyerah diri di balai polis berdekatan selepas menetak kedua-dua mangsa. Isteri suspek berusia 32 tahun mengalami kecederaan parah di paha kiri manakala tangan kiri pembantu gerai berusia 19 tahun itu hampir putus. Kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini. Suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 24 Jun ini untuk membantu siasatan. Kes disiasat  dibawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan. AWAS! jangan terbabit dengan judi Piala Dunia. Anda akan sentiasa di awasi. Wasallam - IBM

2 comments:

  1. dia syak bini dia curang la tuan.. dia meniaga kedai makan.. balik meniaga tgk bini dgn pembantu bogel.. x kan nak senyum pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibm~KaCa Mata,

      Salam. Ada lojiknya juga. Tapi, episod sebenarnya belum jelas lagi, apa puncanya...

      Delete