Pages

Monday, June 30, 2014

PERAGUT DIBELASAH ORANG RAMAI MERAYU AGAR DI HANTAR KE BALAI POLIS!

ISNIN, 30 JUNE 2014

HEBOH semalam di Facebook apabila sebuah video yang menunjukkan sekumpulan anggota masyarakat memukul seorang peragut dan kemudian merayu supaya dihantar ke balai polis telah tersebar di media sosial. Video dua bahagian, yang dimuat naik di laman Facebook Kempen Kesedaran Jenayah Malaysia, menunjukkan seorang lelaki muda dipukul dan disoal oleh sekumpulan lelaki lain kerana lelaki terbabit didakwa menikam muka seorang wanita. Kedengaran di dalam video tersebut bertanyakan berapa umur si peragut itu dan dah berapa lama dia dah buat kerja yang mengarut ini?. Suara-suara tersebut yang didengar dalam video itu adalah yang membelasah teruk si peragut . Menurut keterangan di laman Facebook itu, kejadian itu berlaku dekat Lebuhraya Duke.

AWAS! JENAYAH ADA DIMANA-MANA.

Dikatakan juga, lelaki muda itu diheret ke arah seorang wanita yang dikatakan sebagai mangsa, di mana orang ramai terus memukulnya dan kemudian mengikat tangannya di belakang sambil menunjuk kepada mangsa wanita yang dicederakan. "Tengok apa yang telah kau buat," kata salah seorang lelaki, disusuli tendangan di kepala lelaki yang dikatakan sebagai penjenayah itu. Kesan darah dilihat di kepala dan muka lelaki muda itu yang merayu untuk dihantar ke balai polis.  "Hantar saya ke balai, bang," katanya berulang kali. Pengguna laman sosial yang melihat video itu tidak bersimpati terhadap lelaki yang melakukan perbuatan seperti itu dan dilaporkan tidak membangkang tindakan kumpulan yang berkenaan. Bagi IBM, elok benar diperlakukan seperti itu. Ajar siperagut ni yang tak berperi kemanusian. Ambik ko!!. Wasallam ~ IBM

2 comments:

  1. kesian tu kesian juga. tapi sebagai pengajaran kepada sipenjenayah dan juga orang lain yang ingin jadi penjenayah, itulah balasan atas kejahatan yang dilakukan. kalau dia rasa sakit, fikirkan juga kesakitan yang dialami oleh mangsa. pengajaran serta merta seperti itu perlu bagi menyedarkan masyarakat bahawa setiap jenayah membawa padah. bagaimanapun janganlah sampai membunuh pulak ye jika sekadar ingin memberi pengajaran. jadi kes lain pulak nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibm~usin,

      Salam. Betui tu..biar ianya menjadi satu pengajaran pada si peragut tu dan yg lain2 juga. Tapi, betul tu...belasah-belasah juga, jgn sampai mati sudahlah. Lepas tu kita serah kan pd pihak yg berwajib.

      Delete