PASUKAN Sepanyol terpaksa akur dan melupakan misi mempertahan gelaran juara dunia yang dijulang empat tahun lalu selepas ditunjuk jalan keluar, tewas 2-0 pada perlawanan kedua Kumpulan B bertemu Chile, pagi Khamis. Permainan Sepanyol agak kucar-kacir memudahkan pemain-pemain Chile mengatur serangan lebih pantas. Gol pertama Chile hadir pada minit ke-20 melalui Eduardo Vargas selepas dia tidak kawal di kawasan penalti dan mudah menewaskan penjaga gol Sepanyol, Iker Casillas.
Mendahului pasukan juara bertahan itu, menjadikan anak buah Jorge Sampaoli lebih rancak mengatur serangan demi serangan. Penyudah tumpul pemain Sepanyol gagal meledakkan sebarang gol pada babak pertama. IBM sebagai peminat setia pasukan Sepanyol, amat-amat kecewa dan begitu juga dengan ribuan peminat2 Sepanyol diluar sana. IBM juga merasakan ada sesuatu yang tak kena pada pasukan Sepanyol kali ini. Tak tahu le dimana silapnya. Apapun, itulah bola, bulat, sukar diramalkan. Kepada pasukan Sepanyol, jangan putus asa, cuba lagi 4 tahun akan datang. Dari peminat setia mu ~ IBM
No comments:
Post a Comment