Pages

Tuesday, June 10, 2014

PUKUL ISTERI : AWIE MOHON BUKTI. JANGAN BUAT FITNAH, KATANYA

SELASA, 10 JUNE 2014

SAMADA betul atau tidak, bagi IBM itu adalah hak peribadi orang. Kenapa kita nak sibuk-sibuk dan menghebohkan satu kampong prihal orang lain. Memang, mesti ada orang kata, Awie ti artis. Artis adalah milik orang ramai. IBM setuju. Tapi, ini hal peribadai dan hal rumah tangga orang. Janganlah kita pulak yang sibuk. Lagi pun tak tahu samada cerita itu benar ataupun tidak. Kan dah melenting Awie tu. Dia minta bukti. Apa macam? andfa semua ada bukti?. Sudahlah tu. Biarlah Awie perbetulkan apa yang tak kena dengan rumah tangga dia. Sebagai seorang peminat, kita sama-sama berdoa agar rumah tangga Awie berada di dalam aman dan damai. Jangan buat fitnah. Fitnah itu satu dosa besar :-

Penyanyi rock Awie (Wings) yang dikatakan telah memukul isterinya, Rozana Misbun dalam satu kejadian di sebuah Bank hanya akan memberi penjelasan berhubung tuduhan itu sekiranya ada bukti dia berbuat demikian. Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, berkata, dia menyifatkan dakwaan  tersebut sebagai fitnah terhadapnya. Saya tak mahu komen tentang perkara ini. Kalau betul saya penyanyi rock yang dikatakan telah pukul isteri, buktikan dahulu. Apabila ada bukti, baru saya akan jelaskan. Ini masalah rumah tangga saya dan saya tidak mahu cerita tentang perkara ini. Buat masa sekarang saya anggap perkara ini adalah fitnah, katanya. Penyanyi ini ditemui pada majlis pelancaran Awie sebagai duta produk kesihatan LongJack di Bora Ombak di sini pada petang Selasa. 

Pada Sabtu lalu, sebuah akhbar tempatan melaporkan seorang penyanyi rock popular dan terkenal telah memukul isterinya di khalayak ramai di sebuah bank di Ampang di sini. Tindakan penyanyi itu mengejutkan kakitangan dan pelanggan bank berkenaan sehingga menimbulkan kekecohan. Isteri penyanyi rock itu dikatakan telah mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan di ibu negara kerana kesakitan akibat ditampar dan dipukul suaminya. Difahamkan kekecohan itu berlaku apabila penyanyi rock yang dimaksudkan meminta isterinya membuat pengeluaran wang di bank berkenaan. Sementara itu, tambah Awie, laporan tersebut tidak ditujukan kepada dia dan mungkin ia ditujukan kepada penyanyi rock Malaysia yang lain. Laporan itu tak cakap pun penyanyi itu adalah saya jadi tak perlulah nak besarkan isu ini. 

Apa yang saya mahu katakan di sini, sebagai manusia kita tidak lepas melakukan kesilapan, ujarnya. IBM setuju dengan kata-kata Awie tu. Bukan nak bodek, tapi, ada fakta. Wasllam ~ IBM

No comments:

Post a Comment