GADUH jangan tak gaduh. Nampaknya pemilihan PKR tahun ini terus bercelaru dan ini akan membuat parti kelentung rakyat ini di ambang perpecahaan. Tongkang PKR akan pecah bila-bila masa sahaja. Antarapos mencungkil kemelut pemilihan di Cabang PKR Kuala Selangor yang mana tewasnya Menteri Besar Selangor, Khalid gagap di tangan musuh tradisinya Manikanvasagam@Mike. Maka, Khalid merasakan ada unsur sabatoj yang menyebabkan kekalahan beliau di sana dan beliau meminta agar pemiloihan diubuat sekali lagi. Tapi, permintaan Khalid itu di tentang oleh banyak pihak dalam PKR, termasuk AMK nya yang diketuai oleh Shamsul Iskandar atau lebih dikenali dengan panggilan Sam Ketot. Antarapos mempunyai butirannya di bawah ini :
ANGKATAN Muda Keadilan (AMK) akan menghalang sebarang usaha mengadakan pemilihan semula sekali lagi di Cabang PKR Kuala Selangor, tegas ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd. Akin. Beliau berkata, ini kerana penyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu menerima hakikat kekalahan pemimpin itu dan soal menang atau kalah adalah adat pertandingan. Saya tentunya akan menjadi seorang pemimpin yang tegas menghalang perkara ini daripada berlaku kerana pada saya, saya juga ada masalah berhadapan dengan tempat-tempat yang saya menang dengan undi banyak tetapi terpaksa dibuat semula. Apakah kita akur? Kita akur kerana kita memberikan kuasa kepada JPP untuk menunjukkan bahawa kita sebagai kepimpinan parti tidak campur alam urusan atau keputusan JPP dan itu menunjukkan kita maintain independence of this situation, katanya dalam temubual eksklusif bersama Antarapos di sini hari ini. Hari ini Setiausaha Politik Menteri Besar, Azman Abidin memberitahu Antarapos bahawa pihaknya bersedia menyahut cabaran Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) untuk membuat aduan berhubung wujud elemen sabotaj ketika proses pengiraan undi Cabang PKR Kuala Selangor.
Bagaimanapun, Azman berkata pihaknya mahu JPP membuat pemilihan semula Cabang itu dan bukan pengiraan semula undi. Kita nak pemilihan semula, kita tak nak kiraan semula kerana kiraan semula ini dia boleh setempat, apa yang kita nak buat kita nak desak untuk pemilihan Cabang balik, kata Azman ketika dihubungi Antarapos. Dalam pemilihan semula Cabang PKR Kuala Selangor, Khalid gagal mempertahankan jawatan ketua cabang selepas tewas kepada bekas Ahli Parlimen Kapar S.Manikavasagam. Kekalahan itu sekali gus memberi tamparan hebat kepada kedudukan beliau sebagai menteri besar dan sebagai calon timbalan presiden parti. Khalid hanya memperolehi 515 undi berbanding Manikavasagam atau Mike yang mendapat 701 undi pada pemilihan yang diadakan Ahad lalu. Keputusan rasmi pemilihan itu dimaklumkan pada Rabu lalu. Mengulas lanjut, Shamsul berkata, JPP sudah melakukan yang terbaik dalam menjalankan tanggungjawab mereka dalam mengendalikan pemilihan berkenaan.
Saya ingin tegaskan bahawa JPP telah melakukan tugasnya sebaik mungkin. Apakah tidak ada beberapa masalah? Wujud masalah, dan apakah tidak diperbetulkan? Diperbetulkan sebab itu ada pemilihan semula. Apakah setpol MB mahu adakan sampai 10 kali pemilihan? Apa akan berlaku kepada integriti JPP kalau nak dilakukan sampai 10 kali pemilihan? soalnya. Beliau meminta semua pihak menerima setiap keputusan yang telah dibuat akar umbi dalam pemilihan kali ini serta menganggap kalah menang sebagai sebahagian rencah politik. Saya minta pihak-pihak yang kalah terima seadanya dan ini mandat. Kalau kalah hidup mesti diteruskan dan kalau itu berlaku itu sebahagian dari rencah dan cabaran politik dan tak perlu diulangi sampai beberapa kali, sampai apa? Sampai Tan Sri Khalid menang? ujarnya. Kalau itu jawapannya, maka saya fikir kita harus melihat apa kefahaman reformasi yang ada dalam diri betapa kita memahami makna reformasi," tambahnya.
Persoalannya, jika rayuan Khalid gagap diterima, adakah si Sam ketot ni berani nak tahan dan ada telo ke Sam ni? Takut nanti kena di sergah oleh penyokong-penyokong Khalid gagap terkencing lagi dalam seluar macam dalam gambar tu (gambar atas kanan). Hehehehehe. Seronok betui tengok PKR ni berserabut. Parti membela rakyat ke ni? Fikir-fikirkan dan renung-renungkan. Wasallam ~ IBM
No comments:
Post a Comment