ADA ke sesiapa lagi rakyat Johor yang tak puas hati akan isu Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) ni? Atau...sengaja mahu kerohkan lagi keadaan. Kenyataan di bawah ini jelas dan harap rakyat, khususnya rakyat negeri Johor dapat memahaminya :
SHAH ALAM : "Tidak ada campur tangan. Saya mahu rakyat faham enakmen itu dan gembira dengan perkara itu.” Demikian titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar merujuk kepada Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor 2014 (LPHJ) yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Isnin lepas. Tuanku bertitah, wakil kerajaan negeri akan mengadakan jelajah untuk menjelaskan peruntukan dalam enakmen itu. Baginda bertitah, adalah penting untuk rakyat memahami dengan jelas peruntunkan yang terkandung dalam enakmen itu.
Sebaik sahaja mereka gembira, Menteri Besar (Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin) akan mempersembahkan enakmen itu kepada saya,” titah Sultan Ibrahim dalam temubual eksklusif bersama New Straits Times. Sebelum ini, Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen LPHJ dibantah dan beberapa pemimpin mahu ia ditangguhkan daripada dibentangkan kerana dikhuatiri menyebabkan campur tangan sultan dalam pentadbiran negeri. Bagaimanapun, DUN meluluskan RUU Enakmen LPHJ dengan 10 pindaan setelah mengambil kira bantahan pelbagai pihak. Tak tahu bersyukur ke korang? Wasallam ~ IBM
No comments:
Post a Comment