PENULISAN dibawah ini seolah-olah semuanya sudah berakhir bagi Juara bertahan, Sepanyol. Perkataan 'belasah, dimalukan' tidak sepatutnya terdapat didalam penulisan atau komen tentang sukan. Sungguh menjijikkan, dan tidak sporting di dalam sukan. IBM sebagai peminat setia Sepanyol menyifatkan kekalah Sepanyol kepada Belanda adalah 'asam-rempah' dunia sukan bolasepak. Tiada pasukan di dunia ini yang kebal dan sentiasa menang. Jadi, kepada penulis-penulis sukan, tulislah dengan penuh semangat kesukanan, bukan dengan perasaan semata-mata kerana anda meminati pasukan tersebut. Apapun IBM yakin, Sepanyol akan mara, harap-harap dapat ke-final sekali gus mempertahankan kejuaraan "Piala Dunia". Kepada pasukan Belanda, syabas dan tahniah di atas kejayaan pada pagi semalam. Kepada semua pasukan yang bertanding, perjuangan masih belum selesai :
PIALA Dunia 2014 mencatat detik bersejarah pertamanya apabila Belanda membelasah Sepanyol 5-1 dalam satu perlawanan yang luar biasa di Salvador. Juara itu tidak hanya ditewaskan, tetapi benar-benar dimalukan oleh pasukan Belanda yang dilihat mampu menjaringkan lebih daripada lima gol berbanding Sepanyol yang hanya mampu bertahan.
Namun, Belanda tidak mahu terbuai dengan kejayaan memalukan juara dunia Sepanyol dalam perlawanan pembukaan kumpulan B awal pagi Sabtu dan mahu terus fokus ketika berdepan Australia pada aksi seterusnya. Van Persie dan Arjen Robben menyumbangkan dua gol bagi membalas dendam kekalahan mereka di pentas final empat tahun lalu. Tewas, tapi tak bererti kejuaran dunia sudah terlepas. Perjuangan masih jauh, masih belum selesai. Hidup Sepanyol. Sepanyol boleh! ~ IBM
No comments:
Post a Comment