Pages

Monday, June 9, 2014

UMNO KENA PERLI. YAMMY TANYA MANA SURAT TUNJUK SEBAB? TAK MALU KE UMNO?

ISNIN, 09 JUNE 2014
APABILA IBM baca dalam sebuah portal tempatan hari ini, perasaan terkejut, geram dan malu pun ada. Apa tidaknya. IBM merasa malu pada Umno. Macam Umno tak ada telo. Cakap je bergegar-gegar. Nak hantar surat tunjuk sebab konon. Tapi, sampai sekarang pun tak sampai-sampai sehingga yang empunya diri memerli Umno. Mana surat tunjuk sebab itu? Tak le lama sangat nak sampai surat tersebut. Sekarang kan semuanya dah cangih. Hantar dengan Pos laju, Courier Service seperti DHL dan banyak lagi. Tak boleh ke? Memang bengang habis bila Yammy kata macam tu. Ku Nan, apa lu sudah buat. Lu memang cakap tak serupa bikin. Memalukan Umno je. IBM percaya, sesiapa pun (Ahli Umno) baca dibawah ini akan bengang habis : 

YAMMY SAMAT, ibu Dyana Sofya Mohd Daud yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan kecewa kerana sehingga kini masih belum menerima surat tunjuk sebab daripada Umno. Menurut Yammy, beliau teruja untuk melihat surat berkenaan sebelum memutuskan sama ada mahu menjawabnya ataupun tidak. Memanglah saya tunggu sangat surat itu, nak tahu apa butirannya. Tapi malangnya sampai hari ini saya belum terima lagi. Rugilah saya kerana masa yang diberikan untuk menjawab surat itu makin suntuk, katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin. Sebelum ini Setiausaha Agung Umno, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor berkata parti itu sudah menghantar surat tunjuk sebab kepada Yammy pada 3 Jun lalu berhubung tindakannya menyokong kempen calon parti yang menentang Barisan Nasional (BN). Ahli veteran Umno itu diberi tempoh 14 hari untuk menjawab surat berkenaan. 

Mengulas lanjut, Yammy mempersoalkan kelewatan pengurusan Umno mengendalikan kes berkenaan, selain mendakwa partinya itu cuba menafikan haknya sebagai ahli untuk membela diri. Mustahil Umno gagal cari saya untuk beri surat itu. Bukannya mereka tak kenal siapa saya. Kalau serah kepada Pejabat Umno Perak atau pejabat bahagian pun pastinya akan sampai kepada saya. Malah Ketua Cawangan saya, Idris Samat adalah abang kandung saya sendiri...bertambah mustahil surat itu tak boleh sampai, katanya. Yammy merupakan ahli Umno Cawangan Kampung Tawas Tambahan dalam Bahagian Ipoh Barat. Sementara itu Pejabat Umno Perak ketika dihubungi turut gagal memberi sebarang maklumat mengenai status surat tunjuk sebab yang perlu dijawab Yammy selewat-lewatnya pada 17 Jun ini. Kesimpulannya, memang memalukan. Umno masih di takuk lama, tak berubah, dulu kini dan selamanya. Maafkan IBM berkata sedemekian, kerana IBM dah tak tahan dengan kerenah dan perangai orang-orang atas Umno. Berubahlah sebelum kita (Umno) di ubah dan rebah. fikir-fikirkan dan renung-renungkan. Wasallam ~ IBM

4 comments:

  1. Ckp je besar kereta kebal. Telur dok melayut jugak bawah pungkok. Memalukan sungguh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibm~usin,

      Salam. Memang betul. Memalukan. Mcm Umno tak bermaruah....

      Delete
  2. Memang UMNO ni dah tenat....yg pemimpin lama pun tak sedor diri.......ingat dirinya masih hebat .....yg pemimpin muda plak tak tau nak buek koje....tambah parah UMNO ni

    ReplyDelete
  3. ibm~Rozai CBR,

    Salam. Tak semua pemimpin lama yg begitu. Ada juga yg sedo diri. cuma ada beberapa kerat je yg masih tak sedo diri yg kaki bodek. Keja x buat., cakap je yg lebih, tapi cakap pulak x serupa bikin. Org yg mcm ii harus di keluokan dari Umno....

    ReplyDelete