BERBALOI jika kita famous di dalam dunia sukan. Tak ada pelajaran yang tinggi pun tak apa asalkan prestasi dan mutu sukan yang kita ceburi itu bertaraf dunia seperti yang tertulis di bawah ini. Bilalah agaknya para ahli-ahli sukan negara kita dapat meraih atau menempah nama di peringkat dunia, tak kira sukan apapun dan sekali gus tersenarai dalam carta atlet yang popular dan mendapat pembayaran yang tertinggi di dunia seperti peninju muda dari Amerika Syarikat ini. Bermimpikah kita? Ehmmmm...tidak mustahil :
BINTANG tinju, Floyd Mayweather Jr mengalahkan pemain bola sepak Cristiano Ronaldo sebagai atlet yang menerima bayaran paling tinggi di dunia. Mayweather disenaraikan yang teratas pada kedudukan itu dalam majalah Forbes. Peninju nombor satu itu telah memenangi kesemua 46 perlawanannya sebagai profesional, memperoleh AS$105 juta (RM337.24 juta) hanya untuk dua perlawanan terakhirnya, ketika menentang Saul ‘Canelo’ Alvarez and Marcos Maidana. Bayaran yang diterima Mayweather itu sekali gus mengalahkan Cristiano Ronaldo dalam kedudukan teratas atlet yang menerima bayaran paling tinggi.
Bintang bola keranjang LeBron James pula menduduki kedudukan ketiga. Mayweather juga mendahului senarai pada tahun 2013 dengan AS$85 juta (RM273 juta) menewaskan bintang golf dunia, Tiger Woods yang pernah menduduki carta nombor satu sedekad yang lalu. Cristiano Ronaldo yang menduduki kedudukan nombor dua memperoleh AS$80 juta (RM256.94 juta). Saya dengan rendah diri dan bersyukur kerana diiktirag oleh Forbes sebagai atlet yang menerima bayaran paling tinggi sekali lagi, kata Mayweather. Saya melakukan sesuatu yang tidak dilakukan oleh atlet lain, mempromosikan diri saya dan melihat usaha keras saya berbayar dengan memecah rekod. Ia mengenai kerja keras dan dedikasi yang juga kunci utama kepada kejayaan kekayaan saya.
Saya bersyukur kerana mempunyai keluarga, pasukan dan peminat saya. Dapat menjaga keluarga saya merupakan keutamaan nombor satu saya dan tahap kejayaan yang saya capai ini membolehkan saya untuk memberikan yang terbaik untuk mereka. Saya berharap untuk melangkah ke hadapan dalam gelanggang pada September ini dan melakukan apa yang saya lakukan dengan terbaik, tambah Mayweather lagi. Bolehkah para Atlet kita mencapai ke tahap ini? Insyallah kalau berusaha. Wasallam ~ IBM
No comments:
Post a Comment