NAMPAKNYA perang besar akan meletus dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR). Gara-Gara pemilihan parti mereka yang hura-hara yang penuh dengan penipuan, gaduh dan gejala rasuah meresap dalam parti tersebut. Inikah parti yang dikatakan akan membela nasib rakyat? Nak bela apa benda, sedangkan dalam parti sendiri tonggang-langgang. Bak kata perpatah, kalau kepalanya sengit, maka ekornya pun turut sengit. Pendedahan di bawah ini akan mencetus perang besar di dalam PKR. Saman menyaman akan berlaku tak lama lagi. Penasihatnya diam membisu, pening kepala, tak tahu apa nak buat. Inilah kuasa Allah jika kita membuat dosa terhadap rakyat jelata apatah lagi negara. Teruskan membaca (Ini cerita benar bukan bohong) :
Calon Naib Presiden PKR, Dr. Xavier Jayakumar menafikan sekerasnya bahawa beliau pernah terlibat dalam usaha menyogok Pengerusi Lembaga Rayuan Pemilihan PKR, Abdul Malek Hussin. Tegasnya lagi, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menuduhnya kononnya cuba memberi rasuah demi memastikan berjaya meraih jawatan tersebut pada pemilihan parti kali ini. Itu tidak betul, itu sahaja komen saya, dan saya akan saman semua orang yang termasuk yang keluarkan kenyataan itu," katanya kepada antarapos. Baru-baru ini, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali dengan nama Chegubard melalui aduan bertulis mendedahkan perkara ini setelah insiden digantung keahliannya.
Malek Hussin dikatakan 'mencampak' sejumlah wang ke arah Xavier setelah enggan menerima rasuah daripada 'bos' kepada Ketua Cabang Kota Raja itu. 'Bos' yang dimaksudkan itu boleh jadi Timbalan Presiden Azmin Ali, yang mempertahankan jawatannya menentang Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution, ujarnya lagi. Ini bermaksud Chegubard antara yang lantang menegur kepincangan parti bakal berhadapan dengan tindakan saman daripada Xavier dalam masa terdekat ini. Untuk rekod, Pemilihan Parti PKR 2014 yang bermula pada 24 April lalu menyaksikan banyak kekecohan berlaku selain banyak keputusan pemilihan terpaksa dibatal serta perlu diadakan semula. Panas! Panas! Selamat berperang semua. Hehehehe. Wasallam ~ IBM. SUMBER BERITA - ANTARPOS
No comments:
Post a Comment