APA pulak motif si betina sial ni menubuhkan NGO baru dengan nama "Negaraku". Penubuhannya amat-amat di ragui dan sudah ada tersirat agenda yang tertentu di sebalik penubuhan tersebut. Dan....sindiran yang dibuat oleh Awang Selamat amat tepat sekali, kena pada masanya. Butiranya ada di bawah. Baca jangan tak baca :
Selepas PERKASA, Utusan Malaysia pula memberi jolokan nama lain untuk NGO terbaru naungan bekas pengerusi bersama BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan. Dalam ruangan pojok di Mingguan Malaysia hari ini, Awang Selamat menggelarkan NGO NEGARA-KU kepada “AgendaKu” yang dikatakan lebih sesuai dengan reputasi Ambiga. Setelah gagal dalam banyak cubaan untuk mendapatkan sokongan rakyat termasuk siri-siri perhimpunan BERSIH (yang jijik sebenarnya), Ambiga mahu berselindung atas nama tersebut yang merupakan judul lagu kebangsaan. Alasan kononnya NGO tersebut mahu memupuk keharmonian dan menangani ekstremisme serta rasisme hanyalah sandiwara. Ini satu lagi kejijikan. Pada Awang, tindakan menggunakan nama NEGARA-KU sebagai usaha terdesak bagi membantu memulihkan imej pakatan pembangkang terutama PKR dan DAP," kata beliau dalam ruangan “Bisik-bisik bersama Awang Selamat”.
Ambiga bersama Sasterawan Negara Datuk A Samad Said mengumumkan pembentukan gabungan kira-kira 60 NGO itu yang menghapuskan politik berasas etnik, kaum dan kelompokan yang menggugat proses pembinaan dan pembentukan bangsa Malaysia Khamis lalu. Tanpa menyentuh lanGsung nama Samad, mahupun pengerusi jawatankuasa pemandu NEGARA-KU Zaid Kamaruddin, Awang menyifatkan penubuhan NGO itu hanyalah usaha terdesak bagi memulihkan imej pakatan pembangkang terutamanya PKR dan DAP. Malah Awang yang menjadi manifestasi dan lidah pengarah Utusan turut memberi isyarat penubuhan NGO itu boleh mengundang insiden 'ekstremisme' yang tidak diulas dengan lanjut. Ramai yang kenal siapa Ambiga. Kemarahan rakyat Malaysia terutama umat Islam ke atas beliau berkaitan banyak isu, masih belum reda. Janganlah jadi kaduk naik junjung, yang dikhuatiri boleh mengundang ekstremisme," tulis beliau.
Awang yang meluahkan keyakinan NGO itu akan ditolak rakyat turut mengharapkan agar Pendaftar Pertubuhan menghalang dan mengharamkan NEGARA-KU kerana memperalatkan nama lagu kebangsaan bagi tujuan politik. Meskipun Awang sangat yakin NGO yang diasaskan oleh Ambiga itu sekali lagi akan dijijikkan oleh rakyat, diharap Pendaftar Pertubuhan bertegas menolak pendaftarannya. Biarlah ia jadi pertubuhan haram, melainkan ditukar nama antaranya AgendaKu. Ia lebih sesuai dengan rekod dan reputasi Ambiga, kata beliau. Adakah ROS akan menerima permohonan penubuhan tersebut?. Kita tungguuuu!. Wasallam ~ IBM
No comments:
Post a Comment